Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, September 23, 2008

Operasi Gerai Haram Milikan Warga Asing

Petang hari sabtu 20/09/08, Majlis Bandaraya Shah Alam telah sekali lagi mengadakan operasi penguatkuasaan ke atas gerai-gerai tanpa lesen milikan warga asing. Banyak kedai telah diperiksa dan hasilnya mendapati masih ramai kedai-kedai haram tanpa lesen terus beroperasi dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Sungguhpun ini merupakan satu perkara yang rumit, namun demikian ia tidak wajar menjadi alasan sebagai pihak berkuasa tempatan untuk berdiam diri untuk memelihara hak-hak peniaga warganegara yang berlesen.

Adalah satu ketidak-adilan sekiranya golongan ini dia biarkan terus berkembang, tanpa terikat terhadap peraturan negara kita.







Sunday, September 21, 2008

Mesra YB Sri Muda Dengan JDM

Sempena menjelang meraikan Hari Raya Puasa pada hujung bulan ini, pada hari 19/09/08 YB Sri Muda telah menganjurkan satu acara mesra YB dengan semua Jawatankuasa Daerah Mengundi DUN Sri Muda (N50) Selangor.

Selain daripada mendengar amanat daripada YB ADUN, semua ahli Jawatankuasa DUN telah diberikan kuih hari raya; manakala Ketua JDM pula dibekalkan dengan sebuah kamera digital untuk menyenangkan tugasan harian sebagai sayap utama parti.

Sesi gambar bersama YB turut dijalankan sebagai kenangan abadi bersama.













Thursday, September 18, 2008

Perasmian Pejabat Ahli Majlis

Pada 13/09/08 YB Shuhaimi sama diiringii oleh Timbalan Dato Bandara Bandaraya Shah Alam Tuan Mokhtar Hani telah merasmikan pejabat rasmi Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 (Sek 31 & 33) pukul 6.00 petang.

Selepas majlis perasmian, semua tetamu jemputan juga disajikan dengan makanan semperna waktu buka puasa. Hadir bersama termasuklah Ahli Majlis En. Sow K.L, En. Halim Sirome, En. Kamarulzaman, En. Paparaidu; serta pegawai kanan MBSA seperti Pengarah Kewangan En. Roslan, Pengarah Lanskap En. Tahir, Pengurus Cawangan Kota Kemuning En. Azahar, wakil persatuan penduduk dan lain-lain.

Pejabat Zon ini terleak di 38A (40), Jalan Anggerik Vanilla W31/W, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam - 2 unit kedai bersebelahan Cawangan Kota Kemuning MBSA.














Salah Satu Operasi Banteras Kedai Haram

Berikut adalah salah satu gerak kerja membanteras pengusaha kedai makanan oleh pendatang asing Myanmar di Sek 25 pada 16/09/08 pukul 9.00 malam. Sebanyak 3 kedai telah diserbu oleh Penguatkuasa MBSA yang turut dipantau oleh 2 orang Ahli Majlis iaitu En. Paparaidu & En. Tan AK.















Kemeriahan Pasar Ramadhan Sek 25

Beginilah suasana kemeriahan pasar ramadhan di Sek 25, Sri Muda, Shah Alam.