Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, February 23, 2009

MAJLIS DIALOG PENDUDUK BERSAMA PEMAJU, MBSA MPP ZON 9



MPP Zon 9 telah menganjurkan majlis dialog penduduk Taman Sri Muda bersama pemaju dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 9 bagi menyelesaikan serta berbincang berkenaan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar Taman Sri Muda.






Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shuhaimi Bin Shafiei selaku Adun Sri Muda yang juga merangkap pembantu Exco Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.






Turut hadir di majlis tersebut ialah Datuk Bandar Shah Alam Tuan Mazalan Bin Md Noor dan Encik Vembarasan a/l Vairakkanu selaku Ahli Majlis MBSA Zon 9.

Saturday, February 7, 2009

Pemeriksaan Kesihatan Kedai

Sejajar dengan hasrat MBSA untuk menjadikan sebuah bandaraya yang bersih dan indah. Pemeriksaan berkala melakukan pemeriksaan mengejut ke atas semua kedai-kedai makanan dalam kawasan pentadbiran majlis. Kadang-kala Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam juga turut turun padang bersama-sama dengan penguatkuasa.












Kebersihan Kedai Tidak Memuaskan

Walaupun pemeriksaan berkali-kali telah dilakukan oleh MBSA, namun demikian masih ada kedai yang tidak memuaskan kerana masih kotor seperti berikut: