Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, November 24, 2009

Sumpah Ahli Majlis Di SUK 05/07/08

Perlantikan kali pertama Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dalam negeri Selangor berlangsung pada 05/07/08 di Dewan Jubli Perak, SUK.

Ia dihadiri oleh semua Ahli-ahli Majlis daripada semua 12 PBT (pihak berkuasa tempatan) dalam Selangor.

Gambar bersama Menteri Besar Tan Dato Seri Khalid Ibrahim, YB Ronnie Liu, En. Cheah Sang Sonn - MPSJ dan En. VK Vembarasan - MBSA.

Kenalan lama dan orang kuat reformasi daripada Majlis Perbandaran Kajang En. Effendi. Ia terkenal dengan slogan "xxx merompak duit susu anak saya" ketika membantah kenaikkan tol di IOI Puchong.

Barisan MBSA mengetuai barisan pertama, duduk bersama En. Harris Bakar dan En. Kamaruzaman Sanusi (kiri).

Dari kiri En. Adzhar Maludin, En. Kamaruzaman Sanusi, En. Ahmad Sayuti, En. Harris Bakar & En. Tan Ah Kow.

Selepas menerima Sijil Perlantikan daripada tangan Menteri Besar Selangor; dari kiri En. Manaf, En. Harris Bakar & En. Tan Ah Kow.
Bersama En. Ahmad Nordin, pegawai di pejabat YB Teng Tuan Speaker Dewan.

Dari kiri En. Tang - MBPJ, En. Tan AK - MBSA, YB Gan Pei Nie ADUN Rawang & En. Cheah SAng Soon - MPSJ.

Bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya YB Lou Gua Ben (tengah baju biru).

Karnival Sek 31 03/08/08

Pejabat ADUN Sri Muda telah menganjurkan Karnival Mesra Rakyat pada 03/08/08 di tepi tasik Kota Kemuning, Shah Alam.

Ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr. Siti Mariah, ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei, Dato Bandar Shah Alam & Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.





Exciting Race Shah Alam 24/10/09

Seperti tahun lalu, MBSA sekali lagi menganjurkan Exciting Race pada 24/10/09. Ia dilancarkan bermula daripada Dataran Merdeka Shah Alam selepas Senam Robik Mingguan.

Ahli Majlis En. Tan Ah Kow mewakili MPP Zon 12 juga menghantar 2 pasukan menyertai pertandingan ini.

Pasukan yang ditaja oleh MPP Zon 12.

Jurulatih senamrobik sedang mengajar atas pentas.

Timbalan Dato Bandar En. Mokhtar Hani berikan kata-kata semangat kepada pasukan daripada Unit Penguatkuasa.

Timbalan Dato Bandar bersama salah seorang peserta, adakah ia menghasilkan gosip??

Pengurus program sedang berikan arahan kepada semua peserta sebelum dilancarkan oleh Timbalan Dato Bandar MBSA.

En. Mokhtar Hani sedang bunyikan horn sebagai tanda pelancaran.

Ramai peserta sedang merebut-rebut kertas arahan daripada wakil penganjur.

Pasukan tajaan MPP Zon 12 daripada Pegawai Penguatkuasa Cawangan Kota Kemuning sedang giat melengkapkan arahan-arahan pertandingan.



Wajah pasukan daripada Pasukan Penguatkuasa Ibu Pejabat yang diketuai oleh En. Hanif.

Pasukan lain mulakan cabaran mereka.

Renungan seorang pegawai penguatkuasa kanan atas suatu soalan.

Operasi Zon Bersih 29/10/09

Seksyen 25 Taman Sri Muda, Shah Alam telah diumumkan sebagai sasaran Zon Bersih bagi MBSA. Zon Bersih akan menjadi tempat bersih dalam erti kata kebersihan, keselamatan dan keselesaan dalam tempoh 1 tahun.

Oleh itu, Operasi Bersepadu telah dijalankan pada 29/10/09 dengan kerjasama Jabatan Imigresen.

Dengan bantuan Pegawai Penguatkuasa Imigresen, pendatang asing tanpa Visa yang berkerja akan ditahan seperti berikut.


Pegawai Penguatkuasa bertungkus-lumus sanggup menanggung dibasahi air hujan dalam operasi demi untuk menunaikan tanggungjawabnya.


Pegawai Kanan Ketua Operasi juga basah badan kerana komitmen bertugas.
Pegawai Imigresen sedang memeriksa kesahihan Visa seorang pekerja warga asing.


Barang yang menghalang lalulintas awam turut disita.


Pekerja warga asing tanpa Visa juga melibatkan golongan perempuan.

Antara barang / ubat merangsang nafsu sek dijual berleluasa.




Orang kena tahan dikumpulkan dan dibawa pulang oleh Pegawai Imigresen.

Monday, November 23, 2009

Operasi MBSA 05/11/2009

MBSA sebagai sebuah agensi kerajaan tempatan yang berwibawa memang sentiasa tegas dalam proses enguatkuasakan undang-undang.

Oleh yang demikian, atas aduan orang awam MBSA selain daripada menjalankan operasi berjadual, ia juga menjalankan operasi serbuan atas premis-premis yang menjalankan pernaigaan haram.

Ini adalah antara komputer di pusat siber kafe tidak berlesen yang disita.

Pegawai sedang melekatkan penanda atas komputer yang akan disita.

Notis dalaman yang menawarkan pulangan lumayan kepada pelanggang pusat siber kafe judi.

Anggota penguatkuasa MBSA sedang memunggah komputer disita keluar daripada kedai.

Kompaun dikeluarkan kepada penjaga kedai.

Inilah orang-orang dalam kedai ditemui.

Pemandangan kaunter kedai.

Pegawai sedang membuat rekod dan catatan.

Pegawai penguatkuasa sedang memotong sebuah kedai yang telah tutup pintu selepas menyedari kehadiran MBSA.






Hasil pecahkan pintu masuk memberikan hasil sitaanyang lumayan.