Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Saturday, July 31, 2010

Malam Mesra Penyayang 28/07/10

Bersama dengan ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dan Ketua JDM En. Mohd, Ahli Majlis MBSA baru En. Puspa telah mulai turun mendampingi masyarakat menerusi program komuniti rakyat.












Sunday, July 25, 2010

Malam Suaikenal Ahli Majlis-Pegawai MBSA

Sempena dengan perlantikan baru Sesi 2010/2011 Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Korporat telah menganjurkan Majlis Malam Suaikenal antara Ahli-ahli Majlis dan pegawai MBSA dekat Tasik Kota Kemuning pada 20/07/2010 malam.

Dijemput bersama ke majlis ini termauklah semua wakil rakyat dalam kawasan pentadbiran Majlis seperti YB Khalid Samad, YB Shuhaimi Shafiei, YB Rodziah Ismail, YB Yakob Sapali serta semua Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBSA.

Matlamat utama majlis ini adalah untuk mengeratkan kesefahaman dan meningkatkan solidarity antara semua pihak untuk memperkukuhkan dan mempercepatkan pembaharuan dalaman PBT.















Nostagia Mesyuarat Dalam MBSA

Seperti Pihak Berkuasa Tempatan lain, MBSA merupakan antara PBT yang paling aktif Ahli-ahli Majlis dalam proses pengurusan kerajaan tempatan. Semua AM MBSA diletakkan di bawah pengawasan "Whip Parti" masing-masing dan keseluruhannya diketua oleh Tuan Kamarudzaman Sanusi sebagai "Whip Majlis" bagi pihak Pakatan Rakyat.

Bagi sesi 2010/2011, beberapa langkah penambah-baikan telah dirancang serta dipersetujui oleh semua anggota Ahli-ahli Majlis demi untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan Majlis serta dokong mempercepatkan proses "reform" yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 pada 08/03/2008.









Friday, July 23, 2010

Menerima Watikah Daripada Menteri Besar

Pada 20/07/201 petang, Dato Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berkesempatan menganugerahkan Watikah lantikan Ahli-ahli Majlis bagi semua PBT dalam Negeri Selangor. Acara ini dijalankan di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.













Majlis Sumpah Ahli Majlis MBSA

Majlis sumpah ini dijalankan pada 14/07/2010 di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA di depan Datuk Bandar dan semua pengarah jabatan MBSA.