Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Friday, December 31, 2010

Wakili YB Rasmikan Karnival Jutawan Muda


Pada 12/12/10 telah mewakili Yb Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda merasmikan Karnival Jutawan Muda anjuran MPP Zon 14 di Taman Desa Kemuning, Shah Alam.


Majlis Makan "Farewell Untuk Puan Aniza"


Sempena arahan kerajaan negeri untuk meminjamkan Pengarah Jabatan Perancang Puan Aniza kepada Majlis Perbandaran Klang, sekumpulan Ahli Majlis MBSA telah mengadakan satu majlis makan tengah untuk meraikan perpisahannya untuk tempoh 2 tahun di Restoran Thai, Plaza Masalam.








Operasi MBSA - Anti Pusat Siber


Sepertimana telah dijanjikan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar untuk membanteras penubuhan pusat-pusat siber tanpa lesen bagaikan cendawan lepas hujan. Pada 15/10/10 sekali lagi Bahagian Penguatkuasa telah menjalankan operasi untuk tujuan ini.








Wednesday, December 29, 2010

Datuk Bandar Turun Operasi Pusat Siber


Pada 23/11/10 malam Datuk Bandar MBSA Dato Mazalan Md Nor bersama dengan beberapa orang Ahli Majlis telah sendiri turun padang menjalankan operasi membanteras pusat-pusat siber berunsur judi haram di sekitar Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam.


Hasil operasi tersebut, 2 kedai telah diserbu dan berjaya merampas puluhan unit komputer kerana melanggari Peruntukan 3, Undang-undang Kecil Pusat-pusat Siber, Majlis Bandaraya Shah Alam.















Saturday, December 25, 2010

Permainan Go Cart Oleh MPP Zon 12


Pada 18/12/2010 petang MPP Zon 12 telah menganjurkan permainan Go Cart yang disertai oleh ahli-ahli keluarga AJK MPP di Stadium Utama, Shah Alam.