Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Wednesday, August 31, 2011

Masalah Sticker Haram Di Hadapi Oleh PBT

Hampir seluruh negera menghadapi permasalah sticker haram telah mencacatkan papan-papan tanda awam. Oleh itu, MBSA sudah pasti tidak berkecuali daripada masalah yang merunsingkan ini.

Beginilah papan makluman Majlis telah ditutup oleh sticker-sticker haram sehingga tidak boleh dibaca lagi di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.



Ini pula nasib malang menimpa Kota Kemuning Seksyen 31, Shah alam di mana papan tanda nama jalan telah dirosakkan oleh sticker-sticker ini. Oleh itu, penghujung Kota Kemuning tidak boleh jadikan ia sebagai panduan lagi.


Adalah menajdi harapan Majlis, agar semua pihak boleh tingkatkan tahap kesedaran dan ketanggungjawaban dalam usaha memelihara semua harta-benda awam demi keselesaan umum.

Tuesday, August 30, 2011

Jurnal Dewan Selangor Bil 2/2011

Laporan ini disiapkan oleh SELCAT selepas pendengaran awam pada 01/09/2010 di Bangunan Annex, SUK. Kemudian laporan ini telah dibentangkan dan diterima oleh Dewan Negeri Selangor pada 29/03/2011.

Tujuan utama siasatan Selcat adalah kerana kerajaan negeri mendapati terdapat banyak beratus-ratus ekar perkuburan komersil yang belum ada kelulusan penuh daripada pihak berkuasa.

Ia termasuk syarat tukar guna tanah yang masih dalam status pertanian, tiada pelan bangunan, kelulusan kerja tanah untuk mengawal banjir dan hakisan tanah; serta kelulusan Kebenaran Merancangan kerana tapak kubur ini adalah terletak dalam Zon Kediaman.

Lantaran itu, Selcat telah mengesyorkan beberapa tindakan dan langkah penambahbaikan perlu diambil oleh kerajaan negeri segera. Ia bertambah buruk lagi apabila didedahkan kejadian yang seumpama ini bukan saja berlaku di Shah Alam, sebaliknya meliputi PBT lain di Selangor.

Tindakan segera amat wajar kerana:

1. Elakkan kerajaan engeri dilihat hanya pandai ambil tindakan atas pesalah kecil seperti penjaja tepi jalan. Penjaja dikompoun, disita dan sebagainya. Sebaliknya kerja tanah yang meliputi ratusan ekar boleh disalah tafsir sebagai "tutup mata sahaja".

2. Tindakan penting untuk menjaga alam sekitar yang seimbang. Takat ini, pemotongan dan pembersihan lereng bukit tanpa kawalan, sistem perparitan yang mungkin tidak sempurna mengakibatkan penghuni bersebelahan banjir dan sebagainya.

3. Kebocoran untuk menyumbangkan hasil berpuluh juta ringgit dari sedut tukar guna tanah, fi pemprosesan pelan-pelan pembangunan, cukai-cukai pintu atas bangunan komersil, cukai tanah komersil yang lebih tinggi dan lain-lain.

4. Penyekatan amat perlu sebagai kerajaan prihatin, kerajaan mempunyai tanggungjawab penuh untuk melindungi masyarakat agar tidak disalah-pandu oleh pengusaha kurang bertanggungjawab terus menjual lot-lot kubur yang sebenarnya TIADA KELULUSAN. Sudah pasti masyarakat akan terasa seolah-olah membeli sebuah rumah yang tiada kelulusan dan CF.

5. Walapun isu perkuburan merupakan satu isu yang perlu dikendalikan dengan prihatin, namun ia tidak munasabah sama sekali untuk terus dibiarkan berkembangan tanpa kawalan. Alasan kononnya pihak berkuasa agak sensitif untuk menghadapi cabaran ini, namun tanpa tindakan boleh dilihat sebagai perkenankan sesiapa sahaja untuk menjadikan tanah mereka sebagai tapak kubur sesuka hati?







Sunday, August 28, 2011

Majlis Baku Puasa MPP Zon 12

Seperti tahun-tahun lalu, MPP Zon 12 terus menganjurkan majlis seumpama ini untuk
selain meraikan bulan Ramadhan, ia juga mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan perhubungan antara pemimpin-pemimpin tempatan dengan MPP Zon 12.

Majlis ini dianjurkan pada 19/08/2011 di bangunan letak kereta B.











Friday, August 26, 2011

Pertandingan Bowling MPP Zon 12

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan pertandingan persahabatan ini pada 29/07/2011 di Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam.
















Pertunjukan Kung Fu Shaolin

Pertunjukan ini dilakukan oleh sekumpulan anak-anak yatim daripada Afrika sempena rombongan melawat rantau Asia Tenggara.