Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Friday, March 5, 2010

Malam Chap Goh Mei Di ICT Seksyen 7

Sempena menyambut hari ke-15 Tahun Baru Cina yang dikenali sebagai "Chap Goh Mei", kerjaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam serta pemaju Bandar ICT Seksyen 7 Shah Alam telah menganjurkan Majlis Malam Chap Goh Mei dengan jayanya pada malam 27/02/2010.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Khalid Ibrahim dengan sokongan barisan Exco negeri dan Datuk Bandar MBSA Dato Mazalan.

Majlis ini telah dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional, pertunujukkan pelbagai kebudayaan, persembahan music dan gendang 24 musim; kemuncaknya diserikan dengan pertunjukkan bunga api yang amat menarik.

Adalah dihitungkan melebihi 10,000 pengjunjung telah menghadiri majlis ini sebagai tanda sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada.

Ahli Majlis daripada Cabang Kota Raja berikan skongan padu kepada majlis ini. Dari kiri Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow & En. Kamarudzaman, Ahli Majlis MPK En. Azmizam dan ADUN Sri Andalas YB Dr. Xavier Jayakumar.

En. Tan Ah Kow, En. Sabestian & En. Halim daripada MBSA dalam barisan kehadiran majlis.

Dato Menteri Besar berikan ucapan perasmian dengan sokong barisan Exco dan Datuk Bandar MBSA.
Datuk Bandar MBSAazalan, YB Ronnie Liu dan Tan Sri Dato Khalid Ibrahim dan Puan Sri.
Exco bertanggungjawab atas pelancongan YB Elizeberth Wong tidak ketinggalan dalam majlis ini.
Dato Menteri Besar dan YB-YB gambar bersama dengan ahli-ahli petunjukkan atas pentas.
Datuk Bandar MBSA dan wakil kedutaan merasmikan "Yi-Sang" bersama.
Dato Menteri Besar dan Barisan Exco merasmikan "Yi-Sang" bersama.

Para jemputan dan wakil kedutaan menyampaikan salam selamat Tahun Baru kepada masyarakat umum.

YB Dr. Xavier dan Datuk Bandar Shah Alam tiba di tapak.

Persembahan tarian naga menarik perhatian pengunjung sepenuhnya.
YB Ronnie Liu berikan ucapan alu-aluan.
Anggota daripada MBSA turut membantu pada malam tersebut.
Persembahan kebudayaan tradisi.
Pertunjukkan bunga api.
Hiasan lampu di ICT Seksyen 7 yang amat mempesonakan.

Pejabat Cawangan Kota Kemuning MBSA

Majlis Bandaraya Shah Alam telah merasmikan pejabat cawangan baru Kota Kemuning oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Dato' Mazalan pada 03/03/2010 pukul 11.30 pagi.

Datuk Bandar gambar bersama Ahli-ahli Majlis dan pemimpin Kota Kemuning. Dari kiri Ahli Majlis En. Abdul Manaff, En. Azli, En. Tan Ah Kow, Pengurus Cawangan En. Rauf, Ahli Majlis En. Utayasorian, pemimpin Kota Kemuning En. Krishnan & Ahli Majlis En. Kamarudzaman.

Datuk Bandar dan Ahli Majlis serta Pengurus Cawangan sedang membaca buku catatan mesyuarat dan tetamu.

Barisan tetamu di depan pintu masuk pejabat cawangan.

Datuk Bandar sedang memotong bunga merasmikan pejabat baru cawangan.

Datuk Bandar sedang berikan penghormatan balas kepada barisan penguatkuasa.

Pengurus Cawangan mengiringi Datuk Bandar memeriksa barisan penguatkuasa.

Barisan jemputan bersama Datuk Bandar dalam majlis perasmian.

Datuk Bandar sedang berikan ucapan perasmian.

Datuk Bandar bersama semua kakitangan pejabat cawangan.

Datuk Bandar sedang berbual dengan kakitangan pejabat cawangan.

Wednesday, March 3, 2010

Operasi Pembersihan Kawasan

Pagi 02/03/2010 pasukan penguatkuasa MBSA dan Jabatan Perhutanan Selangor diketuai oleh Setiausaha Politik YB Yakob Sapali telah turut ke Bukit Jelutong untuk membersihkan binaan haram di bawah rentis TNB.

Adalah dimaklumkan bahawa pengusaha penternak lembu di situ akan dipindahkan ke suatu tempat baru, manakala binaan rumah kediaman haram oleh pendatang warga asing tanpa izin telah dibersihkan / dirobohkan sebagai usaha MBSA membersihkan kawasan.

Operasi ini berjalan lancar dengan kerjasama penuh oleh pengusaha ladang lembu berkenaan. Beliau bukan sahaja berikan kerjasama, malahan bertindak sebagai petunjuk jalan untuk kerja pembersihan ini.

Rombongan pegawai MBSA bersama pengusaha ladang (pakaian merah) bersama dengan Ahli Majlis MBSA En. Manaff, En. Tan Ah Kow, En. Kamarudzaman, Puan Dr. Daroyah, Setiausaha Politik YB Yakob En. Husin dan pegawai Jabatan Perancang MBSA.

En. Tan Ah Kow dan En. Husin menyaksikan operasi pembersihan itu bersama.

Kerja-kerja merobohkan bangsar warga asing tanpa izin sedang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa sambil disaksikan oleh En. Tan Ah Kow, En. Husin dan Dr. Daroyah.

Pasukan Ahli Majlis MBSA saksikan kerja pembersihan ini dengan semuprna.
En. Tan dan En. Manaff melawat satu tapak lain selepas dibersihkan binaan haram.
Satu lagi bangunan haram diebersihkan dalam operasi yang sama.
Beginilah pemandangan bangunan / rumah haram didirikan di bawah rentis TNB oleh warga asing tanpa izin.
Pegawai penguatkuasa sedang membuka tiang-tiang rumah untuk dirobohkan.