Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Sunday, January 11, 2009

Bandingkan Kebersihan Sebelum & Selepas

Selaras dengan dasar MBSA untuk meningkatkan kebersihan dan kesihatan kedai makanan dan restoran, minggu ini MBSA telah mengambil tindakan tegas ke atas sebuah restoran yang melanggar syarat-syarat dan peraturan kebersihan Undang-Undang Kecil MBSA.

Selepas 3 hari kedai tersebut diarahkan henti beroperasi, baru ia dibuka semula selepas pengusaha kedai memperbaiki semua kelemahan-kelemahan sedia ada mematuhi peraturan.

Dengan ini, bandingkanlah beberapa keping gambar sebelm dan selepas pembaikan arahan berhenti berniaga oleh Inspektor Kesihatan MBSA.

Selapas membersihan:






Sebelum pembersihan yang mengakibatkan dia arahkan terhenti beroperasi selama 3 hari:






Pusat Tuisen Percuma Sri Muda

Kelmarin 10/01/09, Pejabat ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei telah merasmikan pusat khidmat Seksyen 25 menjadi pusat tuisen percuma kepada semua anak-anak pengundi Srim Uda yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Turut hadir dalam majlis perasmia termasuklah YB Dr. Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow serta barisan kepimpinan DUN Sri Muda.

Diperingkat awal, seramai 100 pelajar telah mendaftarkan diri untuk mengikut tuisen UPSR, PMR dan SPM. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga Sri Muda tanpa mengira kaum ataupun bangsa.




Pameran Kesenian Melukis & Kaligrafi

Pada pukul 2.00 petang 10/01/09, Ahli Majlis En. Tan Ah Kow telah dijemput untuk merasmikan satu pameran melukis dan kaligrafi di Seksyen 31 Kota Kemuning.

Majlis ini memamerkan banyak lukisan hasil daripada daya-usaha penduduk Kota Kemuning, termasuklah Ahli Jawatankuasa MPP Zon 12 Madam Lee dan rakan-rakan.





Pemimpin Bersama Rakyat

Pada 04/01/09, YB ADUN Srim Muda Tuan Shuhaimi Shafiei dan YB Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah sekali lagi turut padang menemui rakyat di Seksyen 36. Turut hadir bersama termasuklah Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Halim Sirome & En. Tan Ah Kow, Ketua Kampong Jalan Kebuh serta ramai pemimpin tempatan.

Serentak itu, YB juga mengambil kesempatan mengedarkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kampong Lombong (Seksyen 36).




Gotong Royong MPP Zon 12, MBSA

Selaras dengan arahan kerajaan negeri Selangor, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 MBSA juga turut menganjurkan gerak kerja gotong royong di Taman Alam Indah (Seksyen 33) Shah Alam.

Sungguhpun program dirancang dalam tempoh masa yang singkat, namun sedemikian dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Persatuan Penduduk Taman Alam Indah dan MPP Zon 12, ia berjaya dilangusngkan dengan sempurna lalu mencapai objektifnya.

Taklimat dan kata-kata motivasi sebelum gotong royong bermula oleh Pengerusi MPP Zon 12 merangkap Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

Pengerusi MPP Zon 12 menunjukkan keadaan longkang yang sudah tersumbat bertahun-tahun sambil mengambil rumput yang dicabut daripada longkang depan pintu masuk rumah.

Persediaan memasang peralatan gotong royong sedang dilakukan.
Ahli Jawatankuasa MPP Zon 12 En. Gan & En. Nazari sedang giat bantu kerja-kerja pembersihan.

Sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan bersama-sama sumbang tenaga.



Pegawai Penguatkuasa Cawang Kota Kemuning MBSA turut hulurkan tangan memberikan bantuan tanpa sebarang rungutan.


Keadaan longkang di bawah pintu masuk rumah menjadi punca utama menyebabkan air tertakung.

Sarapan ringan dan minuman dibekalkan selepas letih bergotong royong.

Pemandangan sekitar taman yang dipenuhi rumput-rumpai perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Saturday, January 10, 2009

Pemeriksaan Berkala MBSA

Sejajar dengan pengumuman Dato Bandar Bandaraya Shah Alam pada Mesyuarat Majlis 30/12/2008, bahawa 2009 adalah tahun penguatkuasaan. Ia bermaksub, MBSA telah merancang strategi penguatkuasaan sepanjang tahun 2009.

Lanjutan daripada itu, MPP Zon 12 telah mengatur plan tersendiri demi menyahut keputusan majlis. Pegawai penguatkuasa dan pegawai kesihatan daripada Cawangan Kota Kemuning dengan kerja sama MPP Zon 12 telah mengadakan pemeriksaan bersiri di sekitar Seksyen 31 & 33. Berikut adalah rekod pemeriksaan Pasar Pagi Seksyen 31 Kota Kemuning.

Gambar bersama En. Yap penjual sayur, En. Azahar Inspektor Kesihatan, En. Tan Ah Kow Ahli Majlis & En. Rahman Pegawai Penguatkuasa.


Progres pemeriksaan lesen sedang dijalankan.

Pengurus Cawangan Kota Kemuning turut sertai kerja-kerja pemeriksaan.

En. Azahar Inspektor Kesihatan, En. Adzhar Pengurus Cawangan dan En. Tan AK Ahli Majlis sedang melihat sesuatu dokumen pelesenan.

Hasil daripada penguatkuasaan, pihak MBSA telah berjaya menghalang 7 peniaga tanpa lesen daripada menjalankan aktiviti pernaigaan di pasar pagi Sek 31 Kota Kemuning. Dengan itu, pemegang lesen dapat berniagaan dalam keadaan lebih tenang tanpa gangguan pendatang tidak berlesen.
Penjaja Warga Asing Tidak Berlesen
Juga didapati kebelakangan ini terdapat banyak penjaja tepi jalan tidak berlesen dikendalikan oleh warga asing. Memang menjadi Dasar MBSA tidak membenarkan mana-mana warga asing memegang sebarang jenis lesen perniagaan dalam kwasan pentadbiran majlis.
Rekod berikut adalah siri gambar di mana penguatkuasa MBSA menjalankan tugas sitaan ke atas suatu tempat penjaja tidak berlesen oleh seorang warga Indonesia di Seksyen 26.
Pemeriksaan kesahihan berniaga oleh pegawai penguatkuasa.
Setelah mengesahkan penjaja ini tidak berlesen dan dia adalah warga asing, penguatkuasa mulai membuat sitaan ke atas gerai.




Pagawai Penguatkuasa En. Sallehudin sedang menerangkan Rekod Inventori sitaan kepada warga asing tersebut.