Saturday, January 9, 2010
Monday, December 28, 2009
Sebaik sahaja lepas cuti 3 hari berterusan sempena menyambut Hari Natal pada 25/12/09, pukul 8.00 pagi 28/12/09 dikejutkan bahawa pejabat MPP Zon 12 didapati telah pintu masuk telah dipecahkan oleh pencuri.
Setelah diamati terdapat kehilangan beberapa harta-benda milikan MBSA dan milikan persendirian Ahli Majlis Kawasan Zon 12 En. Tan Ah Kow. Laporan polis telah disempurnakan di Balai Polis Sek 15, Shah Alam.
Hasil siasatan, pegawai penyiasat polis berjaya mengesan beberapa kesan cap ibu jari atas permukaan kotak-kotak barangan yang dicuri.
Pintu besi tingkat 2 telah diputuskan walaupun kunci masih berkunci.
Kunci pintu masuk tingkat bawah dibukakan dan terbuang dalam semak pokok berdekatan.
Pegawai penyiasat sedang mengamati kunci yang dijumpai dalam rumpun pokok di sebelah.
Pegawai penyiasat sedang mengambil gambar bahan-bahan bukti untuk siasatan lanjut.
Salah satu kotak barang dicuri mempunyai kesan cap ibu jari dalam garisan merah.
Pegawai penyiasat cuba mengesan cap ibu jari dalam kotak pen yang terbuang atas lantai.Friday, December 25, 2009
Pada malam 07/02/09, ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow telah menghadiri jamuan makan malam sempena menyambut Tahun Baru Cina dan menyampaikan bantuan kepada golongan pendapatan rendah. Majlis ini dianjurkan oleh Gabungan Persatuan NGO Cina di sekitar Taman Sri Muda, Sek 25, Shah Alam.
Dalam majlis ini, ADUN telah memnyumbangkan 30 hamper kepada menerima bantuan.
Monday, December 21, 2009
Pagi 10/11/09, rombongan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam dan JPS yang diketuai oleh Dato Bandar Shah Alam Dato' Mazalan dengan diiringi oleh Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow dan En. Halim Sirome telah melawat tempat banjir di Jalan Kebun.
Tujuan utama termasuklah untuk mengenalpasti punca banjir berlaku pada 09/11/09 selepas hujan. Banjir itu telah mengakibatkan perkampungan sekitar Jalan Kebun dan Sungai Kandis ditenggelami air banjir.
Hasilnya, JPS dan MBSA telah memutskan untuk berganding-bahu membersihkan sistem perparitan untuk melancarkan pengaliran air hujan ke Sungai Klang.
Pemandangan Sungai Klang yang dipenuhi air hujan pada pagi lawatan.
Menjelang pembukaan sekolah sesi 2010, bagi golongan daripada pendapat rendah sudah pasti akan mengidamkan bag, baju, kasut dan buku-buku baru untuk anak-anak kesyanagan masing-masing.
Atas kesedaran ini, MPP Zon 12 (Kota Kemuning) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Bantuan Pelajar Miskin yang memerlukan bantuan. Seramai 15 pelajar telah dipilih sebagai penerima bantuan kewangan dan kesemua mereka juga disajikan dengan makanan tengahri pada pagi 19/12/2009 di pejabat MPP Zon 12.
Pengacara Majlis En. Hasmadi sedang berikan ucapan alaun kepada semua tetamu.
Kehadiran ibu-bapa dan pelajar yang menerima bantuan tunggu dengan penuh kesabaran dalam pejabat.
Antara penerima sumbangan merangkumi pelajar daripada sekolah rendah dan menengah, lelaki dan perempuan. Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 12 En. Tan Ah Kow diiringi oleh Setiausaha Kehormat En. Mohd dan En. Lim sedang sampaikan sampul bantuan kepada pelajar. Ini hanya sebahagian daripada penerima.
Antara pesanan utama En. Tan Ah Kow kepada semua pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat memperbaiki pendapatan yang lumayan dengan memperolehi pekerjaan yang lebih baik; jauhi daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat sperti mat rempit; sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu-bapa serta rajin menimba ilmu pengetahuan.