Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Saturday, May 15, 2010

Pelancaran Selangor Shine Hunt 2010

Selangor Shine Hunt 2010 yang dianjurkan oleh Selangor Tourism dengan kerjasama MBSA telah berjaya dilepaskan pada pagi 15/05/2010 oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam dengan diiringi oleh wakul Selangor Tourism Cik Nurul dan Ahli-ahli Majlis MBSA termasuklah En. Tan Ah Kow, En Ir Izham, En. Manaf, En. Adzhar, En James Ng serta Pengerusi program En. Kamarudzaman Sanusi.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat serta pegawai MBSA dan wakil MPP MBSA.


Dari kanan Pengerusi Program merangkap Ahli Majlis En. Kamarudzaman dan En. Tan AK serta wakil daripada MPP Zon 12 iaitu Mdm. Panca & Mdm. Vivian.

Pasukan daripada MPP Zon 12.

Satu lagi pasukan wakil daripada MPP Zon 12 .

En. Tan Ah Kow bersama Timbalan Datuk Bandar En. Mokhtar Hani dan En. Adzhar Maluddin.
Pasukan MBSA daripada Jabatan Perancang yang diketua oleh En. Hamza .
Pengerusi program bergambar kenangan dengan pasukan Jabatan Perancang.
En. Kamarudzaman Sanusi dikulilingi oleh pegawai wanita MBSA.

Hunt Master berikan taklimat terakhir kepada semua peserta.

Ahli-ahli Majlis Ir Izham, En Manaf, En Adzhar Maluddin sedang bincangkan sesuatu dengan Timbalan Datuk Bandar En. Mokhtar .

Cik Nurul, Dato' Mazalan dan En. Kamarudzaman padang seirama sesasaran.

Datuk Bandar Dato' Mazalan mengibarkan bendera sebagai tanda pelepasan.


Barisan Ahli Majlis melambaikan tangan ucapkan selamat jalan kepada peserta program.
Kenderaan yang mewakili MPP Zon 12 sedang lepas ke sasaran.
Sedutan kenangan peserta sebelum pelepasan.


Operasi Bersepadu MBSA Dengan JAIS

Majlis Bandaraya Shah Alam telah sekali lagi berikan sokongan ke atas operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 15/05/2010.

Sebanay 3 sesi operasi dijalankan pada 5.00~7.00petang, 9.00~11.00 malam dan selepas 12.00 tengah malam. Operasi bersepadu ini juga turut disertai oleh unit anti-narkotik polis dan wakil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Sasaran operasi kali ini lebih tertumpu di pusat-pusat khidmat kesihatan dan hotel-hotel bajet yang tidak berlesen operasi daripada agensi kerajaan.

Ketua Penguatkuasa JAIS sedang berikan taklimat akhir sebelum bertolak.

Pegawai Penguatkuasa MBSA sedang berikan arahan akhir dan pembahagian pasukan sebelum tolak.

Pegawai MBSA sedang membincangkan strategi terbaik untuk operasi kali ini.

Pegawai JAIS sedang berikan notis kepada yang terlibat untuk hadir ke pejabat JAIS.

Pegawai MBSA turut bantu keluarkan kompoun kepada yang melanggari syarat lesen seperti tiada lesen iklan dan gagal pamerkan lesen perniagaan sah.

Rekod rasmi dicatat oleh pegawai penguatkuasa.

Pegawai penguatkuasa memberikan keterangan kesalahan-kesalahan yang dikenakan kompoun.

Friday, May 14, 2010

Operasi Anti-maksiat oleh MBSA

Pada 12/05/2010 petang, MBSA sekali lagi menjalankan operasi anti-maksiat yang di Ketuai oleh Timbalan Datuk Bandar Tuan Mokhtar Hani.

Dalam operasi kali ini, 2 tempat beberapa kedai telah diserbu dengan hasil yang lumayan.