Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, May 16, 2011

Melawat SRJK Chung Hua Kota Kemuning

Pada 13/05/2011 pagi, rombongan diketuai oleh ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dengan diiringi oleh Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow dan En. Kamarudzaman Sanusi serta Ahli Majlis MPSJ En. Jeberi telah melawat sekolah ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami permasalahan tunggakan bil TNB hampir RM80,000 yang mengakibatkan TNB telah memutuskan bekalan antara pukul 7.00pm hingga 7.00 pagi dan hujung minggu.

Ini adalah semata-mata Kementerian Pendidikan tidak salurkan peruntukan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan sekolah. Akibatnya, lebih 2,000 pelajar yang sengsara menanggung kesusahan.

Sambil lawatan ini, YB dan rombongan juga turut mengumumkan peruntukan RM4,000 kepada pengurusan sekolah sebagai tanggung sebahagian daripada hutang yang sudah amat terdesak pada hari.









Sunday, May 8, 2011

Perasimian Dewan Negeri Selangor

Perasmian Dewan Selangor pada 28/03/2011 telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 10.00 pagi di Dataran SUK.

























Monday, April 4, 2011

Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar Ke-6 MBSA

Pada 9.00 pagi 04/04/2011, bekas Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Dato Jaafar telah mengambil sumpah sebagai Datuk Bandar Ke-6 Majlis Bandaraya Shah Alam dengan disaksikan oleh 3 Exco Kerajaan negeri YB Dr. Xavier Jayakumar, YB Rodziah, YB yakob, semua Ahli-ahli Majlis MBSA dan pegawai kanan Majlis.


Thursday, March 31, 2011

Wajar Amanat Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam

Sekelip mata telah 4 tahun berlalu di mana Yang Berbahagia Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam Dato Mazalan Md. Nor tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar yang terlama di sini.

Sepanjang 3 tahun bersama beliau, Yang Berbahagia Dato merupakan seorang yang tabah, pintas, pintar dan banyak berpengalaman dalam urusan pentadbiran harian, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran kritikal untuk mengharungi masalah rakyat.

Menurutnya, pengalamannya yang paling mencabar adalah untuk melaksanakan arahan merobohkan rumah kediaman dan tempat-tempat rumah ibadat di Rimba Jaya daripada kerajaan negeri ketika itu .

Sementara kejayaan yang amat membanggakan beliau adalah MBSA berjaya mengatasi masalah banjir kilat di Seksyen 4 selepas tragedi 3 tahun yang lepas. Banjir kilat telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama semau kakitangan Majlis serta agensi-agensi kerajaan lain berganding-bahu mengatasi masalah rakyat.

Dalam Majlis Minum Bersama Datuk Bandar dengan Ahli-ahli Majlis serta pegawai kanan Majlis sebagai penghargaan atas sumbangan serta pengorbanan beliau, Yang Berbahagia Dato telah sampaikan amanat yang wajib dijadikan sebagai teguran ataupun amant untuk semua pihak agar sentiasa menjadi seorang pegawai yang bertanggungjawab and jujur.

Jelas terpahat diwajar Yang Berbahagia Dato walaupun Dato cuba manahan perasaannya kerana jalingan perhubungan erat beliau dengan semua pegawai Majlis serta ahli Majlis, namun hatinya tetap merasai sedikit pilu.

Sepertimana semua pegawai tahu, saya merupakan anatara Ahli Majlis yang sentiasa berdebat dengan Yang Berbahagia Dato dalam mesyuarat Majlis, dengan sikap profesional kami tidak menyimpan perasaan dendam dalam hati kerana perdebatan itu semata-mata hanya untuk mencari jalan memperbaiki prestasi Majlis demi kepentingan pembayar cukai.





Perasmia Sidang DUN Selangor Pada 28/03/2011