Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, November 17, 2008

Majlis Amal SJK(T) Ladang Emerald

Pada 15/11/08, 7.30 petang Persatuan Ibu-bapa dan Guru-Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Emerald telah menganjurkan satu majlis makan malam untuk menjana dana mengisi tabung pembangunan sekolah di Kelab Shah Alam, Shah Alam.

Majlis ini berjaya mendapat sokongan masyarakat umum di mana sebanyak 35 meja telah berjaya mendapat tajaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Raja Yang Berhormat Dr. Siti Mariah dan ucapan khas oleh wakil khas kepada ADUN Sri Muda iaitu Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow.

Pada keseluruhannya, masyarakat India amat menghargai sokongan kedua-dua Yang Berhormat dengan memberikan menganugerahan bunga mengikut budaya masyarakat India. Ucapan YB Dr. Siti Mariah dan En. Tan menerima sambutan tepukan gemuruh oleh para hadiran-hadirin.


Himpuan Bulan MBSA

Seperti biasa pada 10/11/08 MBSA telah mengadakan hmpunan bulanan November 2008 di Bewan Banquet, Wisma MBSA.

Pada himpunan kali, Yang Berbahagia Encik Halim Sirome telah diundang sebagai pengucap bagi pihak Ahli Majlis MBSA. Melalui ucap En. Halim yang penuh semangat telah menaikkan semangat pegawai MBSA untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua.




Jamuan Hari Raya Deepavali

Pada malam 15/11/08, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MBSA) dan Jawatankuasa Wanita DUN Sri Muda telah mengajurkan satu majlis jamuan Hari Raya Deepavali di Dewan MBSA, Bukit Naga dengan amat berjaya.

Tetamu utama majlis ini adalah Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah dan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda YB Tuan Shuhaimi Shafiei.






Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai kanan MBSA termasuklah Pemangku Dato Bandar MBSA Tuan Mokhtar Hani, Pengarah Kejuruteraan, Pengarah Kewangan, Pengurus Cawangan Kota Kemuning dan lain-lain serta ribuan warga Shah Alam bersama-sama meraikan hari raya ini.

Yang turut hadir bersama termasuklah penganjur bersama Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow, Encik Paparaidu, Encik Uthayasorian dan Encik VK Vembarasan.








Sunday, November 16, 2008

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Palsu?

Siri gambar berikut diambil pada 14 November 2008 pukul 8.40 pagi di tapak letak kereta khas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA, Shah Alam.

Jelas terbukti kereta ini terletak dalam petak rezab Ahli Majlis, tetapi logo keahlian sudah lapuk iaitu 2006-2008.

Untuk makluman, Ahli Majlis yang terkini adalah 2008-2009.





Monday, November 10, 2008

Operasi Kebersihan MBSA Akan Bermula

Sepertimana telah diumumkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam akan memulakan operasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan semua gerai-gerai penyediaan makanan dalam tempoh terdepat ini.

Berikut adalah salah satu contoh pemandangan sebenar oleh sebuah restoran di sekitar Bandaraya Shah Alam. Adalah menjadi tanggungjawab semua warga Shah Alam bersama-sama menjadi bandaraya kita sentiasa bersih dan indah.



Operasi Banteras PATI

Minggu lalu, satu operasi besar-besaran telah dijalankan oleh RELA dan Polis. Oerapsi ini dijalankan pada pukul 12.00 tengah malam yang disertai oleh hampir seratus orang anggota pasukan beruniform.

Antara sasaran utama operasi kali ini adalah di Pangsapuri Nervilia, Kota Kemuning. Hasil daripada berhempas-pulas anggota-anggota RELA dan Polis, mereka berjaya menahan 300 orang yang warga asing yang disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan atau bekerja yang sah.

Memang sokongan RELA dan Polis amat dihargai oleh semua penduduk pangsapuri tersebut demi keselamatan dan ketenteraman setempat.