Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Wednesday, July 29, 2009

Majlis Makan Durian MBSA

Sempena majlis angkat sumpah Ahli Majlis MBSA, pengurusan telah menganjurkan satu majlis makan durian bersama pegawai-pegawai MBSA.

Semua warga MBSA telah dihidangkan pelbagai jenis durian tempatan.








Monday, July 27, 2009

Seminar Najib's 100 Hari Menjadi PM

Semua warga Malaysia dijemput hadir mendengar.

Anugerah Pelajar Cemerlang

Keprihatinan kerajaan Selangor untuk meningkatkan mutu pendidikan golongan berpendapatan rendah melalui kaedah menyediakan kelas tuisen percuma di setiap kawasan dalam Selangor.

DUN Sri Muda turut memainkan peranan menyahut hasrat murni kerajaan negeri. Hasilnya peperiksaan UPSR, PMR dan SPM menampakan hasil yang amat membanggakan.

Pada malam 26/07/09 satu majlis Anugerah Pelajar Cemerlang diadakan di Seksyen 25, Taman Sri Muda. Majlis ini hadir bersama oleh YB Dr. Siti Mariah Ahli Parlimen Kota Raja dan YB Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda; En. Tan Ah Kow, En. Paparaidu, En. Kamaruzaman, En. Abdul Manaf, En. Sebastian Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Gamber bersama En. Tan Ah Kow & En. Paparaidu.

En. Tan AK memberikan anugerah kepada ibu-bapa pelajar cemerlang dalam peperiksaan 2008.


Gambar bersama pelajar cemerlang daripada kawasan Kota Kemuning bersama YB Shuhaimi Shafiei dan En. Tan AK.

Kumpulan sekolah menengah daripada Kota Kemuning bersama dengan En. Kamaruzaman dan En. Tan AK Ahli Majlis MBSA.

Detik kenangan semua Ahli Jawatankuasa Program yang bertungkus-lumus menjayakan majlis anugerah ini.

Perjumpaan Dengan Penjaja

Selaras dengan penyusunan semula pasar malam seksyen 31, MPP Zon 12 dengan kerjasama Jabatan Pelesenan telah mengadakan majlis cabutan numbor petak kepada semua penjaja yang diberikan lesen untuk berniaga secara sah.

Sebelum kerajaan negeri baru ambil-alih, hampir 100 penjaja pasar malam ini menjalankan perniagaan tanpa lesen. Sudah pasti peniaga-peniaga kecil ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sepatutnya boleh dielakkan.

Pengerusi MPP Zon 12 En. Tan Ah Kow sedang berikan kata-kata semangat kepada semua penjaja yang dikurniakan lesen perniagaan.

Pegawai daripada Jabatan Pelesenan sedang menguruskan cabutan numbor petak dengan disaksikan oleh En. Tan sendiri selaku Ahli Majlis kawasan.

Penjaja-penjaja yang telah hadir dalam majlis penganugerahan lesen pasar malam.




Saturday, July 25, 2009

Perlantikan Sebagai Ahli Majlis MBSA

Petikan surat perlantikan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah ALam daripada Dato' menteri Besar SElangor.

Friday, July 24, 2009

Keadilan Untuk Teoh Beng Hock

http://www.petitiononline.com/j4bhmacc/petition.html

To: 10000

We, the undersigned, hereby demand :-

(1) The establishment of a Royal Commission of Inquiry to independently and thoroughly investigate this tragic incident.

(2) The immediate resignation of the Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) National Director.

(3) The unconditional apology by Minister in the Prime Minister Department Mohd Nazri Abdul Aziz over his remarks on Beng Hock’s death.

我们,以下签署者,同声要求:-
(1) 成立皇家调查委员会,独立与彻底地调查明福的命案
(2) 反贪委员会全国主任马上引咎辞职
(3) 首相署部长纳兹里对其言论作出毫无保留的道歉

Kami, yang menandatangan di sini, dengan sebulat suara:-

(1) Menyeru penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Beng Hock secara bebas dan teliti.

(2) Menggesa Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan jawatan segera atas tragedi Beng Hock.

(3) Mendesak Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri meminta maaf atas kenyataan beliau terhadap kematian Beng Hock.
Sincerely,

Wednesday, July 22, 2009

Sumpah Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam

Pukul 2.30 petang 22/07/09 En. Tan Ah Kow telah dilantik semula oleh kerajaan negeri Selangor untuk berkhidmatan semula sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2009/2010.

Proses perlantikan ini telah disempurnakan dengan majlis sumpah di depan Dato Bandar, Timbalan Dato Bandar, Ahli-ahli Majlis dan semua pengarah jabatan MBSA.


Gambar bersama dengan En. Uthayasorian, En. Adnan Jamburi, En. Kamaruzaman, Dato Bandar Tuan Mazalan dan En. Tan Ah Kow.

En. Tan Ah Kow dan En. Najmi di wisma MBSA selepas majlis sumpah.

En. Tan Ah Kow bersama 3 orang wakil daripada DAP: dari kiri En. Sow Kim Leng, En. Tan Ah Kow, En. Ang Leng Keat dan En. James Ng.

Tuesday, July 21, 2009

Kebakaran Kilang Kitar Semula

Pada petang 30/06/09 berlaku satu kebakaran kilang kitar semula yang disyaki belum diputihkan di Bandar Puteri.

Kilang ini melakukan perniagaan mengumpul dan kitar semula bahan-bahan plastik.

Kebakaran ini berlaku lebih kurang 4.00pm telah menghasilkan asap hitam yang amat tebal seperti puting beliung.

Beberapa unit kereta bomba mengejar ke tempat kebakaran, dukacitanya disebabkan tapak kilang yang tidak tersusun mengakibatkan terpaksa menyambung paip bomba daripada jauh hampir 1 kilometer.

Lantaran itu, tekanan air amat lemah sungguhpun pam besar digunakan untuk menyedut air.

Selepas bertungkus-lumus hampir 2 jam api berjaya dikawal sepenuhnya.

Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow turut membuat lawatan ke tapak kebakaran.


Kesan asap hitam amat tebal beolh dilihat daripada jauh.

Wakil pejabat ADUN Sri Muda En. Nazari dan Ahli Majlis MPK En. Azmizam turut hadir memerhatikan keadaan.

Ahli Majlis MBSA En. Kamaruzaman juga bersinggah di tapak kebakaran.

Tekanan air yang lemah melambatkan kerja-kerja menyelamat oleh pegawai bomba.


Inilah bahan-bahan senang bakar yang dikumpul di kilang ini bagi kitaran semula.

Api ghairah membara dengan tiupan angin yang kencang.