Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, June 18, 2009

Pertandingan Memancing Sek. 31 30/05/09

Selain daripada pelbagai aktiviti lain, MBSA juga menganjurkan pertandingan memancing terbuka di Tasik Kota Kemuning.

Sebagai galakkan, penganjur telah melepaskan 1,500 kilogram ikan tambahan 3 hari sebelum pertandingan ke dalam tasik. Hasilnya, acara berjaya menarik melebihi 200 peserta pada pagi 30/05/09.

Ahli Majlis En. Tan Ah Kow sedang melepaskan ikan tambahan 3 hari sebelum pertandingan.


Kemeriahan hari pertandingan menarik ratusan penduduk hadir rai bersama dengan MBSA.

Salah seorang peserta muda yang berjaya mendapat hasilnya.

Semua peserta sedang tunggu dengan penuh kesabaran menunggu ikan makan umpan.

Seorang budak bantu ayahnya menanggalkan ikan daripada umpan.

Kerja-kerja menimbang hasil mancing giat berjalan.


Anatara berat ikan besar yang membanggakan pemancing.

Gambar bersama petugas denga Timbalan Dato Bandar di tapak pertandingan.


Wednesday, June 17, 2009

Hari Alam Sekitar Shah Alam 30/05/09

Selaras dengan tema Hari Alam Sekitar Shah Alam, MBSA juga mengadakan kempen kesedaran mengecap tapak tangan atas kain rentang terpanjang di Shah Alam.

Semoga menerusi program ini boleh meningkatkan tahap kesedaran masyarakat memelihara kebersihan dan keseimbangan alam sekitar setempat, khas di kawasan Shah Alam.

Ahli Majlis En. Tan Ah Kow bersama dengan salah seorang sukarelawan.

Acara ini berjaya mendapat sokongan yang amat menggalakkan daripada segenap lapisan penduduk Kota Kemuning.



Penduduk Kota Kemuning sedang mengecap tangannya atas kain rentang sebagai sokongan.



Tuesday, June 16, 2009

Hari Alam Sekitar MBSA 30/05/09

Pada 30/05/09, salian daripada acara mewarna, berbasikal, Force Hunt, memancing; MBSA juga turut menganjurkan kempen menanam pokok di sekitar Tasik Kota Kemuning.

Sejumlah 50 pohon poko pelbagai jenis buah telah ditanam sebagai perintis dan perangsang kesedaran. Semua pokok buah ini akan diserahkan kepada persatuan penduduk sebagai projek penghijauan Kota Kemuning.

Rombongan penanaman pokok ini diketuai oleh Timbalan Dato Bandar MBSA En. Mokhtar Hani, diiringi oleh Pengerusi MPP Zon 12 En. Tan Ah Kow, Ahli Majlis En. Kamaruzaman, Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Koemuning En. Siraj, Pengurus Cawangan MBSA En Rauf dan lain-lain.

Ahli Majlis En. Tan Ah Kow sedang menanam pokok buah.



Gambar bersama rombongan penanam pokok buah-buahan.


Pengurus Cawangan MBSA En. Rauf sedang berusaha tanam pokok.

Pengarah Jabatan Korporate MBSA Puan Asmah turut sumbang tenaga.

Pengrusi Persatuan Penduduk Kota Kemuning En. Siraj sedang bertindak.

Monday, June 15, 2009

Hari Kanak-kanak Sedunia 30/05/09

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12, Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerja sama Pejabat ADUN Sri Muda & Persatuan Penduduk Kota Kemuning, sempena Hari Kanak-kanak Sedunia pada 30/05/09 telah menganjurkan Force Hunt di Tasik Kota Kemuning.

Serentak dengan itu, satu rombongan basikal berkumpulan daripada Dataran Shah Alam ke Kota Kemuning telah dianjurkan dengan bantuan Persatuan Basikal Selangor.

Acara konvoy basikal ini dilancarkan oleh En. Uthayasorian, Ahli Majlis MBSA. Antara Ahli Majlis sertai bersama konvoy basikal ini termauklah En. Tan Ah Kow, Pengerusi MPP Zon 12 dan En. Adzahar Maludin.

Persediaan sebelum konvoy basikal bertolak.

En. Tan Ah Kow bersama dengan salah seorang peserta konvoy.

Siap sedia untuk bertolah ke Kota Kemuning.

En. Uthayasorian bersedia untuk membunyikan "horn" permulaan.

Ahli-ahli konvoy penuh bersemangat bertolak.


Gambar kumpulan konvoy selepas tiba di Kota Kemuning.


Konvoy basikal disambut oleh Timbalan Dato Bandar En. Mokhtar Hani di Kota Kemuning.


Sunday, June 14, 2009

Gerakan Merobohkan Binaan Tanpa Kelulusan

Pada 08/06/09,









Operasi Kedai Warga Asing Haram

Pada malam 12/05/09 pukul 8.30 malam, MBSA telah bertindak pantas ke atas aduan penduduk Sek 25 Taman Sri Muda atas kacau-ganggu yang ditimbulkan oleh kedai warga asing yang tidak terkawal.

Sungguhpun ini bukan kali pertama MBSA mengambil tindakan menyita barangan kedai ubat, runcit dan restoran Myanmar yang terletak di Jalan 25/62, Seksyen 25; namun kedai itu tetap keras kepala menjalankan operasinya.

Sepasukan pegawai penguatkuasa seramai 10 orang telah menyerbu 2 buah kedai di Jalan 26/62, hasilnya semua barang dalam kedai tersebut disitakan. Operasi ini juga turut disertai oleh Ahli Majlis MBSA En. Kamarulzaman Sanusi, En. Paparaidu dan En Tan Ah Kow.

Pegawai sedang membuat sitaan dalam kedainya.




Banteras Siber Kafer Tidak Berlesen

Selaras dengan dasar kerajaan negeri Selangor untuk membanteras kewujudan pusat siber kafer tidak berlesen, Majlis Bandaraya Shah Alam turut menyahut dasar ini dengan tegas.

Pada 29/05/09, satu operasi sitaan ke atas pusat siber kafer tidak berlesen telah dijalankan di Subang Perdana. Operasi sitaan ini diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa MBSA En. Khalidon sendiri dengan bantu 25 orang anggota pelbagai pangkat.

Pasukan penguatkuasa sedang berjalan mengarah ke pedai sasaran.



Disebabkan kedai berkenaan telah menguncikan pintu masuk, maka tiada pilihan lain penguatkuasa terpaksa memotong kunci pintu.


Pemandangan dalam kedai pusat siber.





Pegawai penguatkuasa sedang bertungkus-lumus memunggah barang sitaan.