Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Friday, June 5, 2009

Mesyuarat YB & MBSA

Pada 06/05/09, satu mesyuarat khas antara barisan pentadbir MBSA yang diketuai oleh Dato Bandar Tuan Mazalan bersama Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr. Siti Mariah telah berlangsung di pejabat MPP Zon 12, Kota Kemuning.

Antara objektif utama mesyuarat bersama ini adalah untuk mempertingkatkan kerjasama dan kesefahaman antara wakil rakyat dan pentadbir MBSA.

Banyak isu khas telah dibincangkan, antaranya termasuklah cara pembaharuan yang wajar dilakukan oleh MBSA untuk memberikan perkhidmatan yang lebih kepada semua warga Shah Alam.

Selain daripada itu, mesyuarat ini juga hadir bersama oleh 7 orang Ahli Majlis MBSA yang ditugaskan memantau zon dalam kawasan Parlimen Kota Raja. Mereka adalah En. Tan Ah Kow, En Uthayasorian, En. Kamarulzaman, En. Paparaidu, En. Halim Sirome, En. Manaf dan En. Vembarasen. Tidak ketinggalan juga pegawai OCS daripada IPD Shah Alam (polis).

YB Dr. Siti Mariah sedang mempengerusikan mesyuarat.


Barisan pegawai MBSA dan Ahli Majlis yang hadir dalam mesyuarat.



No comments:

Post a Comment