Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, August 26, 2010

Majlis Buka Puasa MPP Zon 12






















Sumbangan Bulan Ramadhan Kepada Surau

Sempena MPP Zon 12 menganjurkan Majlis Buka Puasa dan meraikan perlantikan baru Ahli MPP Zon 12; pengerusi zon En. Tan Ah Kow turut mengambil kesempatan ini menyalurkan sumbangan bulan Ramadhan kepada 6 buah surau yang terletak dalam kawasan Sek 31 & 33.

Turut hadir dalam majlis termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dan Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En. Rauf.






YB sampaikan buah tangan kepada wakil pemaju Paramount Property Sdn. Bhd. kerana sumbangan baju Sukan MPP yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Taklimat Blueprint 3 Tahun Selangor

Tujuan taklimat ini diadakan untuk merangka perancangan Blueprint Selangor untuk 3 tahun akan datang. Taklimat & bengkel ini selaind daripada disertai oleh Ahli-ahli Majlis, pegawai MBSA, ia turut melibatkan wakil persatuan penduduk sertapembangkang kerajaan negeri.

Program ini berjaya dilangsungkan di Dewan Banquet Wisma MBSA pada 22/08/2010.







Sunday, August 15, 2010

Pertandingan Akhir Sepak Takraw MBSA

Pada 08/08/10 petang di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam telah berlangsung pertandingan akhir dan penyampaian hadiah sepak takraw Piala MBSA.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Tuan Mokhtar Hani dengan turut hadir bersama En. Kamarudzaman dan En. Tan.

Dalam pertandingan ini, pasukan MBSA telah menjuarai kategori junoir.

En. Kamarudzaman dan En. Tan AK bersama pasukan juara MBSA.

Kumpulan juara junior dan dewasa selepas penyampaian hadiah.

Pasukan juara junior MBSA.

Keadaan badan berpusing-pusing ketika bertanding.


Thursday, August 12, 2010

Majlis Makan Buat Tempatan MBSA

Seperti tahun-tahun lalu, MBSA sekali lagi menganjurkan majlis makan buah-buah tempatan oleh semua pegawai majlis.

Majlis ini telah dianjurkan pada 09/08/2010 pukul 5.00 petang selepas waktu kerja yang dihadiri oleh semua pegawai MBSA. Selain daripada daurian, rambutan dan nangsat turut dihidangkan kepada semua kakitangan majlis.

Ahli-ahli Majlis Tuan Kamarudzaman, Tuan Ir. Izham, En. Tan, Tuan Isma dan Tuan Halim turut meraikan majlis ini.

Ketua Whip Ahli Majlis Pakatan Rakyat Tuan Kamarudzaman dan Whip bagi Pas Tuan Ir Izham sedang ditemuduga oleh wartawan TV Selangor.

Senyuman manis Tuan Kamarudzaman bila ditujukan soalan kualiti durian yang dihidangkan.

Operasi Pusat Siber Tanpa Lesen

Kebelakangan ini pihak pembangkang Selangor telah membuat serangan bertubi-tubi kononnya pembukaan pusat-pusat siber tanpa permit di Selangor telah berlipat-kali ganda berbanding dengan zaman pemerintahan dahulu.

Sebenarnya kewujudan pusat-pusat ini telah wujud sekian lama berakar-umbi dan berleluasa di Selangor. Kerajaan kini berhempas-pulas membanteras kegiatan ini.

Pada 10/08/10 satu lagi operasi khas telah dijalankan oleh penguatkuasa MBSA di suatu tempat khas dalm kawasan pentadbirannya.

Dasar baru MBSA kini telah menetapkan, semua hasil sitaan tidak akan boleh dituntut oleh mana-mana pihak mahupun pemiliknya. Sebaliknya pengurusan MBSA telah berikhtizam untuk menguatkuasakan peruntukkan Undang-undang Kecil Pusat Siber, peruntukan 29 & 30, iaitu tidak memulangkan hasil sitaan, malahan akan terus membawa kes ini ke muka pengadilan mahkamah.

Berikut adalah hasil sitaan yang telah diambil oleh MBSA.


Keadaan dalaman kedai sebelum tindakan.

Keadaan kedai selepas komputernya disita.

Pegawai penguatkuasa sedang mencatit inventori komputer yang akan disita.

Pegawai penguatkuasa sedang mengambil rekod pekerja bertugas dalam kedai.