Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, August 12, 2010

Operasi Pusat Siber Tanpa Lesen

Kebelakangan ini pihak pembangkang Selangor telah membuat serangan bertubi-tubi kononnya pembukaan pusat-pusat siber tanpa permit di Selangor telah berlipat-kali ganda berbanding dengan zaman pemerintahan dahulu.

Sebenarnya kewujudan pusat-pusat ini telah wujud sekian lama berakar-umbi dan berleluasa di Selangor. Kerajaan kini berhempas-pulas membanteras kegiatan ini.

Pada 10/08/10 satu lagi operasi khas telah dijalankan oleh penguatkuasa MBSA di suatu tempat khas dalm kawasan pentadbirannya.

Dasar baru MBSA kini telah menetapkan, semua hasil sitaan tidak akan boleh dituntut oleh mana-mana pihak mahupun pemiliknya. Sebaliknya pengurusan MBSA telah berikhtizam untuk menguatkuasakan peruntukkan Undang-undang Kecil Pusat Siber, peruntukan 29 & 30, iaitu tidak memulangkan hasil sitaan, malahan akan terus membawa kes ini ke muka pengadilan mahkamah.

Berikut adalah hasil sitaan yang telah diambil oleh MBSA.


Keadaan dalaman kedai sebelum tindakan.

Keadaan kedai selepas komputernya disita.

Pegawai penguatkuasa sedang mencatit inventori komputer yang akan disita.

Pegawai penguatkuasa sedang mengambil rekod pekerja bertugas dalam kedai.

No comments:

Post a Comment