Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, March 31, 2011

Wajar Amanat Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam

Sekelip mata telah 4 tahun berlalu di mana Yang Berbahagia Datuk Bandar Bandaraya Shah Alam Dato Mazalan Md. Nor tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar yang terlama di sini.

Sepanjang 3 tahun bersama beliau, Yang Berbahagia Dato merupakan seorang yang tabah, pintas, pintar dan banyak berpengalaman dalam urusan pentadbiran harian, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran kritikal untuk mengharungi masalah rakyat.

Menurutnya, pengalamannya yang paling mencabar adalah untuk melaksanakan arahan merobohkan rumah kediaman dan tempat-tempat rumah ibadat di Rimba Jaya daripada kerajaan negeri ketika itu .

Sementara kejayaan yang amat membanggakan beliau adalah MBSA berjaya mengatasi masalah banjir kilat di Seksyen 4 selepas tragedi 3 tahun yang lepas. Banjir kilat telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama semau kakitangan Majlis serta agensi-agensi kerajaan lain berganding-bahu mengatasi masalah rakyat.

Dalam Majlis Minum Bersama Datuk Bandar dengan Ahli-ahli Majlis serta pegawai kanan Majlis sebagai penghargaan atas sumbangan serta pengorbanan beliau, Yang Berbahagia Dato telah sampaikan amanat yang wajib dijadikan sebagai teguran ataupun amant untuk semua pihak agar sentiasa menjadi seorang pegawai yang bertanggungjawab and jujur.

Jelas terpahat diwajar Yang Berbahagia Dato walaupun Dato cuba manahan perasaannya kerana jalingan perhubungan erat beliau dengan semua pegawai Majlis serta ahli Majlis, namun hatinya tetap merasai sedikit pilu.

Sepertimana semua pegawai tahu, saya merupakan anatara Ahli Majlis yang sentiasa berdebat dengan Yang Berbahagia Dato dalam mesyuarat Majlis, dengan sikap profesional kami tidak menyimpan perasaan dendam dalam hati kerana perdebatan itu semata-mata hanya untuk mencari jalan memperbaiki prestasi Majlis demi kepentingan pembayar cukai.





Perasmia Sidang DUN Selangor Pada 28/03/2011









Sunday, March 20, 2011

Wacana Ekonomi Selangor

Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor berjaya menganjurkan wacana ini di Dewan Banquet, Wisma MBSA pada tengahari 15/03/2011 dengan kehadiran hampir 500 pegawai dan Ahli Majlis.