Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, December 25, 2008

Program Mesra Rakyat Putra Height

Pada ahad pagi 21/12/08, persatuan penduduk Putra Height telah menganjurkan program mesra rakyat sempena Hari Raya Kristmas.

Sungguhpun jawatankuasa menghadapi pelbagai halangan daripada pihak-pihak tertentu, namun sikap ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat terus memberikan sokongan agar program ini dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan anasir-anasir.

Sebenarnya, padang ini cukup besar untuk memuatkan 2-3 ribu orang (penganjur hanya mengharapkan kehadiran 1500 pengunjung), dan ia lebih bersifat kemesraan penduduk dengan bayaran sendiri.

Mungkin kerana terdapat salahfaham, maka timbullah perbezaan pendapat.

Namun sedemikian, keputusan ADUN wajar kita hormati oleh sepihak, termasuklah Ahli Majlis dan PBT.

Untuk menghargai keikhlasan penSganjur, ADUN Sri Muda telah menghantar 2 orang wakil khas (YB ada tugasan khas di Karnival Selangor Ria); iaitu En. Tan Ah Kow merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan En. Anthony Das, Pegawai Khas kepada YB ADUN.

Wakil YB ADUN En. Tan AK sedang berikan kata-kata aluan dan merasmikan program mesra rakyat ini.

En. Anthony Das sedang berbual mesra dengan kepimpinan penduduk setempat.

Jelas membuktikan ini adalah satu program mesra rakyat, bukan seperti kata-kata pihak yang salahfaham hasrat murni penduduk Putra Height.




Bola Sepak Piala Dato Bandar MBSA

Pertandinga separuh akhir Bola Sepak Piala Dato Bandar MBSA telah berlangsung di Padang RRIM, Sungai Buloh.

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Pemangku Dato Bandar Tuan Mokhtar Hani, Ahli Majlis Bandaraya En. Tan Ah Kow, En. Najmi, En. Abdul Manaf, En. Kamarulzaman dan En Izham untuk merikan sokong moral kepada sepemain-pemain.


Pasukan Juara pada hari tersebut melayakkan diri ke Pertanding Akhir Piala Dato Bandar bulan Januari 2009. Pasukan ini daripada Zon 24 yang diketua oleh En.Najmi.


Pasukan lain yangturut serta.

Wednesday, December 24, 2008

Pasar Pagi Kota Kemuning

Selepas menerima banyak aduan atas kehadiran ramai penjaja tidak berlesen di Pasar Pagi Kota Kemuning, Pegawai Penguatkuasa yang diketua oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 telah menjalankan pemeriksaan mengejut.

Hasilnya didapati memang terdapat penjaja tanpa lesen di situ, mereka diberi amaran untuk tinggalkan tempat tersebut dan jangan hadir lagi. Jika mereka engkar, maka tindakan seperti saman akan dikeluarkan.

Keja-kerja pemeriksaan sedang dijalankan oleh pagawai penguatkuasa.




Taklimat awal sebelum operasi pemeriksaan bermula di depan pejabat.

Semoga menerusi pemeriksaan berterusan akan dapat mengurangkan kehadiran penjaja tanpa lesen.
Pemeriksaan Kempen Kesihatan

Pada 23-12-2008, sekali lagi pemeriksaan bersepadu telah dijalankan oleh MBSA di Seksyen 33, Kota Kemuning.

Beginilah keadaan kebersihan yang kurang memuaskan di belakang kedai.

Bahan makan bertaburan atas lantai dalam stor.

Nasihat sedang diberikan kepada seorang pekdedai oleh Inspektor Kesihatan MBSA.

Keadaan longkang yang memang kurang senang hati.

Keadaan lantai kedai dipenuhi LALAT.

Meletakkan pinggan-mangkuk atas lantai depan tandas.

Tandas dibanjiri dengan air kotor.


Shah Alam adalah bandaraya mesti memperbaiki keadaan kesihatan dengan segera.
Operasi Kesihatan Bersepadu MBSA

Sejajar dengan arahan Majlis Bandaraya Shah Alam mengadakan Kempen Kesihatan pada bulan Disember 2008, satu operasi bersepadu telah diadakan dengan pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Pelesenan, Penguatkuasa, Bangunan & Imigresen di Seksyen 31, Kota Kemuning.

Banyak kelonggaran telah diberikan kepada pengusaha restoran khasnya, di mana sepatutnya terdapat beberapa kedai yang boleh diarahkan tututp; tetapi pagawai pemeriksa hanya meberikan saman sahaja.

Pemeriksaan sedemikian akan dijalankan berterusan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Semoga pengusaha kedai mohonlah lesen perniagaan dan jaga kebersihan kedai masing-masing.

Pegawai sedang membersihkan bahu jalan, di mana terdapat buah kelapa di situ.

Pemeriksaan lesen biasa sedang dijalankan oleh pegawai MBSA dan Ahli Majlis MPP Zon berkaitan.

Pekedai didapati meletakkan bahan niaga menghalang kaki lima yang menjadi laluan orang ramai.


Pekedai makanan yang tidak menggunakan penapis sisa dan minyak yang sepatutunya telah menyumbatkan parit.

Pegawai Imigresen sedang menyiasat beberapa orang warga asing atas kesahihan dokumen bekerja.

Pegawai Penguatkuasa sedang mengeluarkan saman kepada pekedai yang melanggar undang-undang kerana tidak berlesen.


Pemeriksaan biasa atas lesen pekedai oleh Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA dan Ahli Majlis.

Banner yang diturunkan oleh pekedai sendiri kerana tidak berlesen.

Pagawai Pelesenan dan Pengurus Cawangan MBSA sedang membuat catatan pemeriksaan.

Pegawai Imigresen sedang memeriksa pasport seorang warga asing.

Pengurus Cawangan Kota Kemuning sedang memberikan arahan kepada seorang Pegawai Penguatkuasa.



Kepada yang pekedai yang berlesen, mereka akan dilindung daripada pesaing yang tidak berlesen untuk berniaga di sesuatu tempat.
Pemeriksaan Kempen Kesihatan

Sempena dengan Kempen Kesihatan Majlis Bandaraya Shah Alam, MPP Zon 122 juga menjalankan pemeriksaan pada 19-12-2008 dan 23-12-2008. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, kami mendapati tahap kesihatan dan kebersihan masih mempunyai ruangan besar untuk diperbaiki lagi.

Keadaan dapur yang kelam-kabut.

Sambungan belakang kedai yang kurang bersih.

Sistem peparitan yang tersumbat dengan sisa-sisa makanan.

Stor bahan mentah dipenuhi dengan sampah yang lain.


Memotong daging di atas lantai yang amat kotor.

Cuci pinggan-mangkuk atas lantai yang menjijikkan.

Pembuangan air masakan yang kotor terus disalurkan ke dalam longkang.

Keadaan stor menyimpan bahan mentah masakan memuahkan.

Masakan / dapur tepi jalan dengan lalat terbang sana-sini.

Tepung gandung dalam stor tersadai atas lantai dengan menyerap air kotor.

Berlipas dalam stor bahan makanan.

Sampah terbiar di belakang kedai.

Satu lagi contoh memasak, mencuci, memotong atas lantai yang kotor.

Pemandangan belakang kedai yang mungkin anda tidak pernah lihat.

Dapur yang kotor.



Tandas yang pecah.


Tempat cucian yang tidak hygien.

Tandas yang rosak dan kotor lagi.

Adakah anda suka menunjung di kedai-kedai yang sebegini?