Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, December 25, 2008

Program Mesra Rakyat Putra Height

Pada ahad pagi 21/12/08, persatuan penduduk Putra Height telah menganjurkan program mesra rakyat sempena Hari Raya Kristmas.

Sungguhpun jawatankuasa menghadapi pelbagai halangan daripada pihak-pihak tertentu, namun sikap ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat terus memberikan sokongan agar program ini dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan anasir-anasir.

Sebenarnya, padang ini cukup besar untuk memuatkan 2-3 ribu orang (penganjur hanya mengharapkan kehadiran 1500 pengunjung), dan ia lebih bersifat kemesraan penduduk dengan bayaran sendiri.

Mungkin kerana terdapat salahfaham, maka timbullah perbezaan pendapat.

Namun sedemikian, keputusan ADUN wajar kita hormati oleh sepihak, termasuklah Ahli Majlis dan PBT.

Untuk menghargai keikhlasan penSganjur, ADUN Sri Muda telah menghantar 2 orang wakil khas (YB ada tugasan khas di Karnival Selangor Ria); iaitu En. Tan Ah Kow merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan En. Anthony Das, Pegawai Khas kepada YB ADUN.

Wakil YB ADUN En. Tan AK sedang berikan kata-kata aluan dan merasmikan program mesra rakyat ini.

En. Anthony Das sedang berbual mesra dengan kepimpinan penduduk setempat.

Jelas membuktikan ini adalah satu program mesra rakyat, bukan seperti kata-kata pihak yang salahfaham hasrat murni penduduk Putra Height.




2 comments:

  1. Pengujung 1500 orang.....waakakakakaka. Tak sampai 100 orang yang hadir.By the by what does the snake AD doing down there.Wakil kononnya! Beware all those young girls and married women.The snake already destroyed many famillies.YB pula sibuk. Selepas menang PRU mana ada masa untuk rakyat.Pangilan cellular pun tak mau jawab. Jagalah kau orang PRU 13.

    ReplyDelete
  2. Saudara/i cats.o.nine budiman. Terima kasih melayari laman web kami sepanjang masa tanpa mengira matlamat anda.

    Sememangnya Tuhan menjadikan manusia itu berbeza-beza adalah untuk kita berkenal-kenalan. Saya pasti saudara/I juga kadang-kala berbeza pandangan dengan ibu-bapa anda, dengan abang-kakak-adik anda atau teman-teman anda. Jelas berbeza pandangan adalah satu perkara lumrah dalam kehidupan kita.

    Namun sedemikian, sekiranya saudara selalu menggunakan laman web pihak ke-tiga melemparkan fitnah ke atas orang lain, dan saudara/i sendiri punya hanya berani bersembunyi dibelakang tirai adalah satu perkara yang tidak patut.

    Sungguhpun mungkin orang ramai tidak tahu identity saudara/I sebenar, tetapi hakikatnya kelakuan sebegini hanya menjatuhkan personality saudara/i. Yang pasti Tuhan tahu kelakuan setiap manusia dalam dunia ini.

    Tanpa mengira apa juga agama saudara/i, saya pasti agama anda tidak emngizinkan saudara/I berbuat fitnah melulu kepada orang lain. Al-Quran menyebut: Fitnah itu adalah lebih bahaya daripada membunuh. Apabila kita dibangkitkan semula suatu hari nanti, Tuhan akan menghitung jasa-dosa kita semua. Yang berjasa diperuntukkan syurga, manakala yang sentisa berdosa / fitnah neraka diberikan pula.

    Sekiranya saudara/I kurang puas dengan sesiapa pun, berdebatlah dengan orang itu, biar masyarakat yang akan menentukan siapa benar siapa tidak. Seorang wira, tidak pernah gigih untuk turun gelanggang.

    Semoga, saudara/I insaf dan hanti daripada menyamar dan salahguna platform ini untuk motif peribadi.

    Kerjasama saudara/i amat kami hargai.

    ReplyDelete