Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Friday, January 22, 2010

Melawat Kg. Lanchong Jaya

Melawat kawasan dan kampong-kampong dalam DUN Sri Muda adalah perkara lumrah bagi YB Shuhaimi Shafiei selepas diamanahkan sebagai wakil rakyat di sini.

Dengan tanpa segan, beliau dan Jawatankuasa DUN telah melawati Kg Lanchong Jaya bersama dengan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow, Ketua Kampong En. Miskan dan Ketua JDM En. Isa.

Selain daripada berdialog dengan pemimpin-pemimpin kampong, majlis ini turut mengagihkan sedikit bahan bantuan kepada yang berpendapatan rendah dalam kampong ini.






Himpunan Bulan Bersama Datuk Bandar

Setiap bulan MBSA ada menganjurkan himpunan bulanan bersama Datuk Bandar. Melalui himpunan ini Datuk Bandar & salah seorang Ahli Majlis diberikan peluang menyampaikan amanat kepada semua pegawai MBSA. Sementara itu, jabatan penganjur himpunan plua, akan berikan taklimat pengurusan jabatan berkenaan.

Ahli Majlis En. Kamarudzaman Sanusi sedang berikan amanat kepada warga MBSA.


Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasa En. Rosli berikan taklimat selaku jabatan penganjur himpunan bulanan.


Pasukan kuoir menyumbang suara merdu nyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu Shah Alam.

Pegawai baris ikut jabatan menghadiri himpunan bulanan bersama Datuk Bandar.

Pegawai MBSA melafazkan Ikrar Perkhidmatan.


Usaha Penguatkuasaan MBSA

Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai pentadbir kerajaan tempatan merupakan agensi pertama pelaksana peraturan dan undang-undang. Tujuan pengawalan adalah untuk memastikan susunatur bandaraya teratur dan aman-damai.

Pegawai penguatkuasa sedang membuka sebuah gerai tanpa izin yang menghalang lalulintas walaupun telah berkali-kali berikan notis pengosongan.

Binaan gerai di atas longkang mengakibatkan banjir dan sebagainya terpaksa dibersihkan.

Pegawai bantu memindahkan peralatan untuk memastikan tapak berkaitan dikosongkan.

Penutup longkang dipecahkan untuk melancarkan aliran air demi elakkan banjir.

Penjaja diberikan peluang untuk memindahkan peralatan bernilai.

Pegawai penguatkuasa MBSA jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tegas.

Pegawai penguatkuasa sedang membuka gerai yang menghalang lalulintas jalan utama.

MPP Bertemud Dengan Masyarakat


Adalah menjadi tradisi MPP Zon 12 bertemu dengan pemimpin persatuan penduduk dan warga Shah Alam cara berkala. Biasanya, Dewan Oncidium adalah menjadi tempat tumpuan perjumpaan.


Ini adalah satu lagi program bertemu rakyat di Dewan Oncidium.


Wakil polis daripada Balai Seksyen 15 Chief Inspector Khairoul, Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En. Rauf dan Ahli Majlis MBSA En. Kamarudzaman Sanusi.

Dari kiri Ahli Majlis En. Kamarudzaman, Wakil Ahli Parlimen Kota Raja En. Azmi dan Pengarah Jabatan Korporat MBSA Puan Asmah.

Wakil daripada Jabata Bombsa Shah Alam En. Azahar (kanan).

Pemimpin penduduk Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Kemuning Dato' Razak (kiri), Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Kemuning En. Siraj & Pengerusi Persatuan Penduduk Canal Garden En. Krishnan.

Pegawai MBSA Inspektor Kesihatan En. Azahar Nikmas (kiri) & Jurutera En. Feroz.

AJK Mpp Zon 12 En. Lee Kok San (kiri) & En. Allan (kanan) menikmati juadah.

Thursday, January 21, 2010

Projek Penswastaan Dijirat Api

Kemalangan tidak berbau amat tepat sekali. Pada petang 15/01/2010, sebuah restaran yang hampir siap yang dibina atas projek penswastaan MBSA telah dijirat api.

Restoran ini terletak di Jalan 13/33, Seksyen 13, Shah Alam dijangkakan mengalami rugi yang besar.

Adalah dipercayai kebakarannya berpunca daripada serpihan api kerja-kerja pembinaan atas bumbung atapnya.




Kita perlu sentiasa berhati-hati dengan api. Api adalah kawan bila kecil, berlawan bila besar.
Lawatan Tapak Ke Sek 27 & 33

setelah menerima aduan daripada pelabur di sekitar Jalan Trompet 33/8, pada petang 22/12/2009 Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan En. Kamarudzaman Sanusi dengan diiringi oleh Pengurus Cawangan Kota Kemuning En. Rauf serta Jurutera MBSA En. Feroz telah melawat tapak berkenaan.

Hasil lawatan, didapati jalan di Jalan Trompet 33/8 memang banyak berpecah kerana peletakan kenderaan berat waktu malam.

Manakala masalah banjir diakibatkan hilir pengaliran air longkang lebih tinggi daripada hujung. Ia mengakibatkan air sentiasa bertakung serta banjir setiap kali hujan.


Rombong bersama pengusaha kilang melawat tempat banjir.

En. Kamarudzaman meneliti sistem longkang yang aneh.

Longkang tersekat oleh sampah.

Bahagian tengah longkang lebih tinggi daripada hujung.

Tahap kesedaran orang ramai memelihara kebersihan taman awam masih boleh ditingkatkan.


Friday, January 15, 2010

Kempen 3K MBSA

Pada 26/12/09 pagi, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan satu Kempen Kebersihan, Kesihatan dan Kitar Semula di Seksyen 16, Shah Alam.

Antara objektif utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat ke atas ketiga-tiga perkara ini dengan kesejahteraan sekitar Bandaraya Shah Alam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Tuan Mokhar Hani dan hadir bersama ahli-ahli majlis MBSA termasuk En. Tan Ah Kow, En. Manaf, En. Kamarudzaman dan En. Sow Kim Leng selaku Pengerusi MPPnya. Tidak ketinggalan juga pegawai kanan majlis termasuk Pengarah Perkhidmatan Bandar Dr. Roslan.

Majlis perasmian dengan tuangkan minyak masak ke dalam tong kitar semula. Dari kiri Ahli Majlis En. Tan AK, Pengarah Perkhidmatan Bandar Dr. Roslan, Ahli Majlis En. Sow Kim Leng, Timbalan Datuk Bandar En. Mokhtar Hani & Ahli Majlis En. Manaf.




Rombongan sedang menyaksikan pegawai mengasapkan kawasan bertikus.


Majlis disusuli dangan sidang media. Dari kiri En. Tan, Dr. Roslan dan En. Mokhtar Hani.

Dari kanan En. Kamarudzaman, En. Manaf dan En. Sow Kim Leng.

Sample nyamuk aede dimana ia mempunyai 4 garisan putih atas badannya.

En. Mokhtar sendiri turun padang mengasapkan lubang-lubang ada tikus.

Haisl tangkapan oleh salah seorang penduduk Seksyen 16.

Petugas sedang giat mengasapkan sarang-sarang tikus.