Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, January 21, 2010

Lawatan Tapak Ke Sek 27 & 33

setelah menerima aduan daripada pelabur di sekitar Jalan Trompet 33/8, pada petang 22/12/2009 Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan En. Kamarudzaman Sanusi dengan diiringi oleh Pengurus Cawangan Kota Kemuning En. Rauf serta Jurutera MBSA En. Feroz telah melawat tapak berkenaan.

Hasil lawatan, didapati jalan di Jalan Trompet 33/8 memang banyak berpecah kerana peletakan kenderaan berat waktu malam.

Manakala masalah banjir diakibatkan hilir pengaliran air longkang lebih tinggi daripada hujung. Ia mengakibatkan air sentiasa bertakung serta banjir setiap kali hujan.


Rombong bersama pengusaha kilang melawat tempat banjir.

En. Kamarudzaman meneliti sistem longkang yang aneh.

Longkang tersekat oleh sampah.

Bahagian tengah longkang lebih tinggi daripada hujung.

Tahap kesedaran orang ramai memelihara kebersihan taman awam masih boleh ditingkatkan.


No comments:

Post a Comment