Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Friday, January 15, 2010

Kempen 3K MBSA

Pada 26/12/09 pagi, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan satu Kempen Kebersihan, Kesihatan dan Kitar Semula di Seksyen 16, Shah Alam.

Antara objektif utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat ke atas ketiga-tiga perkara ini dengan kesejahteraan sekitar Bandaraya Shah Alam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Tuan Mokhar Hani dan hadir bersama ahli-ahli majlis MBSA termasuk En. Tan Ah Kow, En. Manaf, En. Kamarudzaman dan En. Sow Kim Leng selaku Pengerusi MPPnya. Tidak ketinggalan juga pegawai kanan majlis termasuk Pengarah Perkhidmatan Bandar Dr. Roslan.

Majlis perasmian dengan tuangkan minyak masak ke dalam tong kitar semula. Dari kiri Ahli Majlis En. Tan AK, Pengarah Perkhidmatan Bandar Dr. Roslan, Ahli Majlis En. Sow Kim Leng, Timbalan Datuk Bandar En. Mokhtar Hani & Ahli Majlis En. Manaf.




Rombongan sedang menyaksikan pegawai mengasapkan kawasan bertikus.


Majlis disusuli dangan sidang media. Dari kiri En. Tan, Dr. Roslan dan En. Mokhtar Hani.

Dari kanan En. Kamarudzaman, En. Manaf dan En. Sow Kim Leng.

Sample nyamuk aede dimana ia mempunyai 4 garisan putih atas badannya.

En. Mokhtar sendiri turun padang mengasapkan lubang-lubang ada tikus.

Haisl tangkapan oleh salah seorang penduduk Seksyen 16.

Petugas sedang giat mengasapkan sarang-sarang tikus.

No comments:

Post a Comment