Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Saturday, January 9, 2010

Majlis Sambut Tahun Baru & Hari Natal

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12, MBSA sekali lagi berkerjasama dengan Persatuan Penduduk Permai, Kemuning Utama menganjurkan majlis sambut tahun baru 2010 pada malam 02/01/2010.

Majlis ini dianjurkan khas untuk semua penduduk setempat meraikan tali-perhubungan sambil mengukurkan semangat kejiranan penduduk taman. Selain daripada itu, majlis ini juga menghayati semangat "Hijrah" yang hihayati oleh masyarakat Muslim Malaysia.

Aturcara majlis termasuklah menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional, kata-kata semangat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Permai dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 En. Tan Ah Kow.

Sebagai tambahan memeriahkan majlis, hadiah diberikan melalui cabutan bertuah.

Pengerusi Persatuan Penduduk sampaikan bakul buah tempatan kepada En. Tan sebagai tanda penghargaan.

Ahli Majlis MBSA mernagkap Pengerusi MPP Zon 12 dijemput untuk sampaikan kata-kata aluan.


Ahli Jawatankuasa MPP En. Allan, En. Gan dan En. Tan dalam majlis.

Kemeriahan majlis dengan sokongan padu daripada semua penduduk Permai.


No comments:

Post a Comment