Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, December 28, 2009

Pejabat MPP Zon 12 Kena Pecah Pintu

Sebaik sahaja lepas cuti 3 hari berterusan sempena menyambut Hari Natal pada 25/12/09, pukul 8.00 pagi 28/12/09 dikejutkan bahawa pejabat MPP Zon 12 didapati telah pintu masuk telah dipecahkan oleh pencuri.

Setelah diamati terdapat kehilangan beberapa harta-benda milikan MBSA dan milikan persendirian Ahli Majlis Kawasan Zon 12 En. Tan Ah Kow. Laporan polis telah disempurnakan di Balai Polis Sek 15, Shah Alam.

Hasil siasatan, pegawai penyiasat polis berjaya mengesan beberapa kesan cap ibu jari atas permukaan kotak-kotak barangan yang dicuri.

Pintu besi tingkat 2 telah diputuskan walaupun kunci masih berkunci.

Kunci pintu masuk tingkat bawah dibukakan dan terbuang dalam semak pokok berdekatan.

Pegawai penyiasat sedang mengamati kunci yang dijumpai dalam rumpun pokok di sebelah.

Pegawai penyiasat sedang mengambil gambar bahan-bahan bukti untuk siasatan lanjut.

Salah satu kotak barang dicuri mempunyai kesan cap ibu jari dalam garisan merah.

Pegawai penyiasat cuba mengesan cap ibu jari dalam kotak pen yang terbuang atas lantai.

Cuba mencari peninggalan cap ibu jari.

Mencatatkan rekod bukti yang tertinggal.

No comments:

Post a Comment