Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, December 21, 2009

Melawat Tapak Banjir Jln Kebun


Pagi 10/11/09, rombongan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam dan JPS yang diketuai oleh Dato Bandar Shah Alam Dato' Mazalan dengan diiringi oleh Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow dan En. Halim Sirome telah melawat tempat banjir di Jalan Kebun.


Tujuan utama termasuklah untuk mengenalpasti punca banjir berlaku pada 09/11/09 selepas hujan. Banjir itu telah mengakibatkan perkampungan sekitar Jalan Kebun dan Sungai Kandis ditenggelami air banjir.


Hasilnya, JPS dan MBSA telah memutskan untuk berganding-bahu membersihkan sistem perparitan untuk melancarkan pengaliran air hujan ke Sungai Klang.


Pemandangan Sungai Klang yang dipenuhi air hujan pada pagi lawatan.


Rombongan turut meninjau keberkesanan pintu kunci air JPS.

Perbincangan antara Datuk Bandar dan Jurutera JPS untuk mengatasi masalah ini.


Pegawai MBSA dan JPS sedang mencari "bottle-neck" penyebab banjir.

Ahli Majlis En. Halim sedang menerangkan sesuatu.


Keadaan padang depan dewan MBSA di Jalan Kebun.

Parit JPS yang memang telah dipenuhi dengan "rumput angkong".


No comments:

Post a Comment