Lawatan Tapak Oleh MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam mempunyai satu Jawatankuasa Bantahan Perancangan. Antara tugasan jawatankuasa ini adalah untuk mendengar dan menilai kesahihan bantahan sesuatu projek pembangunan sepertimana ditetapkan dalam Akta Perancang Bandar dan Desa, Seksyen 21(6).
Selain daripada menganurkan majlis mendengar bantahan yang dihadiri oleh perancang dan pembantah; jawatankuasa juga boleh ikut keperluan membuat lawatan tapak untuk meninjau keadaan sebenar kesan-kesan pembangunan.
Kemudian jawatankuasa boleh membuat tida bentuk keputusan:
1. Menolak cadangan membangunan kerana ia memberika impak besar ke atas pembantah secara langsung.
2. Menolak bantahan penduduk setempat kerana fakta-fakta bantahan kurang kukuh dan logik.
3. Meluluskan pemohonan pembangunan bersyarat dengan mengenalkan syarat-syarat tertentu untuk memelihara kepentingan pembantah berkaitan.
Berikut adalah salah satu contoh lawatan tapak oleh jawatankuasa:
Papan kenyataan ini tidak lengkap kerana ketiadaan tarikh iklan dalam NST, bagaimana peneduduk untuk mencarinya?
Keadaan tapak pembangunan yang mempunyai jurang beza ketinggian yang besar antara sempadan.
No comments:
Post a Comment