Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, December 21, 2009

Bantuan Pelajar Miskin Oleh MPP Zon 12

Menjelang pembukaan sekolah sesi 2010, bagi golongan daripada pendapat rendah sudah pasti akan mengidamkan bag, baju, kasut dan buku-buku baru untuk anak-anak kesyanagan masing-masing.

Atas kesedaran ini, MPP Zon 12 (Kota Kemuning) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Bantuan Pelajar Miskin yang memerlukan bantuan. Seramai 15 pelajar telah dipilih sebagai penerima bantuan kewangan dan kesemua mereka juga disajikan dengan makanan tengahri pada pagi 19/12/2009 di pejabat MPP Zon 12.

Pengacara Majlis En. Hasmadi sedang berikan ucapan alaun kepada semua tetamu.

Kehadiran ibu-bapa dan pelajar yang menerima bantuan tunggu dengan penuh kesabaran dalam pejabat.


Antara penerima sumbangan merangkumi pelajar daripada sekolah rendah dan menengah, lelaki dan perempuan. Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 12 En. Tan Ah Kow diiringi oleh Setiausaha Kehormat En. Mohd dan En. Lim sedang sampaikan sampul bantuan kepada pelajar. Ini hanya sebahagian daripada penerima.



Sesi gambar bersama dengan semua penerima bantuan.

Makanan tengahri turut disediakan untuk semua pelajar berkenaan.


PTO (Pegawai) Cik Nazirah sedang mengagihkan sesuatu kepada penerima.

Semua tetamu gembira menyaji makanan yang disediakan.

PTO Cik Nazirah dan Ketua Penggerak Belia Tempatan MPP Zon 12 En. Rosli.

Antara pesanan utama En. Tan Ah Kow kepada semua pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat memperbaiki pendapatan yang lumayan dengan memperolehi pekerjaan yang lebih baik; jauhi daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat sperti mat rempit; sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu-bapa serta rajin menimba ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment