Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, August 31, 2009

Santai Kemerdekaan Dataran Shah Alam

Pada malam 30/08/09 menjelang menyambut ketibaan 12.01 pagi 31/08/09, satu majlis ringkas tapi penuh bersejarah telah berlangusng di Dataran Shah Alam.

Majlis ini turut dimeriahkan oleh YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, YB Rodziah ADUN Batu Tiga, YB Yakob Sapali ADUN Kota Anggerik, Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow, En. Halim Sirome, En. Azli, Puan Mariam, En. Sow Kim Leng, En. James Ng, En. Ang Leng Keat, En. Sayutzi, Dr. Daroyah dan lain-lain jemputan.

Lagu Negaraku telah dinyanyikan sambil menaikkan bendera Malaysia sebaik sahaja ketibaan detik 12.01 pagi 31/08/09.





Majlis Perayaan Kuil Hindu

Memandangkan isu "Perarakan Kepala Lembu" telah menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia, hinggalah pemimpin Barisan Nasional sendiri terpaksa membuat teguran kumpulan berarak.

Walau bagaimanapun, kepimpinan Pakatan Rakyat tidak terpedaya dengan usaha menghasut perpecahan rakyat Malaysia.

Sebaliknya, semangat toleransi dan saling hormat-menghormati terus diamalkan sungguhpun kita hidup dalam masyarakat majmuk.

ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow turut hadir sebagai tanpa menghormati penganut agama Hindu menyambut perayaan mereka.

Kehadiran sebagai tanda penghormatan itu tidak sama sekali menggugat kepercayaan kami walaupun kami bukan penganut agama Hindu. Semangat ini wajar kita panjangkan kepada segenap warga Malaysia.

Untuk maklumat, kuil yang terletak di Seksyen 32 ini telah dianak-tirikan oleh bekas pentadbir di mana selama 19 tahun bangunan ini tidak dibekalkan kemudahan bekalan letrik. Dalam tempoh masa yang sikit, kerajaan Pakatan Rakyat mampu bantu menyelesaikan masalah.

Wajar diingatkan kepada pihak-pihak yang bermotif tersirat, dengan membantu sesuatu agama lain tidak bermaksub kita telah menggadai maruah agama sendiri. Ini kerana yang jujur tetap jujur, hanya yang hiproprik sahaja takut berhadapan dengan kenyataan.







Saturday, August 15, 2009







Taklimat Treasure Hung Kota Kemuning

Pukul 3.00 petang hari ini, jawatankuasa penganjur Treasure Hung telah mengadakan satu taklimat khas kepada semua peserta esok pagi.

Taklimat ini dikendalikan oleh En. Kamaruzaman dan dihadiri hampir semua peserta.




Bendera Percuma Untuk Warga Kota Kemuning

Sempena bulan kemerdekaan pada Ogos ini, YB Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda bersama dengan En. Tan Ah Kow selaku Pengerusi MPP Zon 12 MBSA dan En Kamaruzaman Ahli Majlis MBSA, En. Azmizam Ahli Majlis MPK serta ahli jawatankuasa Angkatanmuda dan Wanita; telah mengadakan acara mengagihkan bendera percuma kepada warga Kota Kemuning.

Ia adalah sejajar dengan perayaan hari merdeka yang akan tiba pada 31/08/09. Hampir 500 bendera telah diberikan dalam waktu lebih kurang 1 jam.

En. Tan Ah Kow sedang berikan bendera Malaysia kepada sebuah kenderaan melalui Kota Kemuning.

YB Shuhaimi Shafiei turut turun padang mengagihkan bendera.

En. Mohd Ketua JDM Kota Kemuning (kiri), YB Shuhaimi, En. Tan Ah Kow dan En. Azmizam berkumpul di depan Jalan Anggerik Vanilla untuk mengagihkan bendera tersebut.


En. Kamaruzam sedang menunjukkan bendera yang akan diagihkan, manakala En. Azmizam dan En. Mano dan Cik Haslina turut berikan sokongan padu.

Ahli-ahli rombongan melakukan kerja ini dengan penuh semangat kerana cintakan negera.

Thursday, August 13, 2009

Perlantikan Ahli Majlis MBSA 2009/2010

Selepas majlis angkat sumpah kerahsiaan pada hujung Julai 2009, Menteri Besar kerajaan negeri Selangor sendiri telah menyampaikan sijil perlantikan kepada semua Ahli Majlis dalam Selangor sebanyak 12 PBT.

Sijil Perlantikan rasmi dari kerajaan enegeri Selangor.

Majlis penyampaian sijil oleh Menteri Besar sambil diiringi oleh YB Ronnie Liu Exco kerajaan negeri.

Thursday, August 6, 2009

Pembahagian MPP Zon Sesi 2009/2010

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Bandaraya Shah Alam bulan June 2009 telah mengesahkan peragihan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP Zon) kepada 24 orang Ahli Majlis.

Setiap Ahli Majlis telah diagihkan suatu kawasan khas sebagai MPP Zon dan Ahli Majlis MBSA dilantik sebagai Pengerusi MPP Zon secara automatik.

Seksyen 31 & 33 telah dinamakan sebagai MPP Zon 12 dan Pengerusinya adalah En. Tan Ah Kow.