Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, August 31, 2009

Majlis Perayaan Kuil Hindu

Memandangkan isu "Perarakan Kepala Lembu" telah menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia, hinggalah pemimpin Barisan Nasional sendiri terpaksa membuat teguran kumpulan berarak.

Walau bagaimanapun, kepimpinan Pakatan Rakyat tidak terpedaya dengan usaha menghasut perpecahan rakyat Malaysia.

Sebaliknya, semangat toleransi dan saling hormat-menghormati terus diamalkan sungguhpun kita hidup dalam masyarakat majmuk.

ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow turut hadir sebagai tanpa menghormati penganut agama Hindu menyambut perayaan mereka.

Kehadiran sebagai tanda penghormatan itu tidak sama sekali menggugat kepercayaan kami walaupun kami bukan penganut agama Hindu. Semangat ini wajar kita panjangkan kepada segenap warga Malaysia.

Untuk maklumat, kuil yang terletak di Seksyen 32 ini telah dianak-tirikan oleh bekas pentadbir di mana selama 19 tahun bangunan ini tidak dibekalkan kemudahan bekalan letrik. Dalam tempoh masa yang sikit, kerajaan Pakatan Rakyat mampu bantu menyelesaikan masalah.

Wajar diingatkan kepada pihak-pihak yang bermotif tersirat, dengan membantu sesuatu agama lain tidak bermaksub kita telah menggadai maruah agama sendiri. Ini kerana yang jujur tetap jujur, hanya yang hiproprik sahaja takut berhadapan dengan kenyataan.







No comments:

Post a Comment