Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, June 9, 2009

Zon Bersih Majlis Bandaraya Shah Alam

Pada malam 26/05/09, Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato Khalid Ibrahim bersama dengan YB Ronnie Liu telah mengumumkan Perancangan Zon Bersih di setiap Pihak Berkuasa Tempat dalam seluruh Selangor.

Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengenalpasti Seksyen 25 Taman Sri Muda sebagai sasaran Zon Bersih MBSA. Sasaran utama perancangan ini adalah untuk menukar wajah zon ini menjadi kawasan terbersih dalam kawasan pentadbiran MBSA dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pada malam yang sama juga, Menter Besar turut menyampaikan pingat anugerah PBT cemerlang, di mana MBSA telah dianugerahkan sebagai salah sebuah PBT yang terbaik dalam 10 tertinggi seluruh negara.

Timbalan Dato Bandar Tuan Mokhtar Hani menerima anugerah daripada Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar YAB Tan Sri Dato Khalid Ibrahim memberikan ucap utama.

Sebahaigan pegawai MBSA turut meraikan majlis makan malam tersebut (dari kanan) Pengurus Cawangan Kota Kemuning En.Rauf, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Dr. Roslan, Ketua Unit Audit Dalaman En. Redzuan dan Pegawai Hasil En. Rizal.


Motto Malam Penghargaan PBT & Zon Bersih.

No comments:

Post a Comment