Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Saturday, July 4, 2009

Celebriti & Hari Alam Sekitar

Sempena Hari Alam Sekitar Shah Alam turut mendapat sokongan daripada celebriti terkenal iaitu Cik Maya Karim sebagai duta terkenal alam sekitar.

Dalam majlis ini, Cik Maya Karim telah melancarkan buku "Adam & Pipo" demi menyeru kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar setempat.

Cik Maya Karim sedang bergambar dengan seorang penduduk Kota Kemuning dan Dato Bandar Bandaraya Shah Alam di tepinya.


Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Kemuning En. Siraj sedang ditemuduga oleh wartawan Sinar Harian.

Pertunjukkan pentas oleh pelajar daripada Sekolah Rendah Cina Chung Wah, Kota Kemuning.

Pentas utama penuh sesak dengan pengunjung program Hari Alam Sekitar.


ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei sedang berikan ucapan perasmian.

Dato Bandar Bandaraya Shah Alam sedang berikan ucapan rasmi.

Tetamu jemputan termasuk En. Siraj Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Kemuning, En. Karam Singh & En. VK Vembarasen Ahli Majlis MBSA.

Barisan jemputan lain termasuk Timbalan Dato Bandar Shah Alam En. Mokhtar Hani.

Cik. Maya Karim, Tuan Mazalan Dato Bandar Shah Alam dan YB Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda tumpukan perhatian menyaksikan pertunjukkan pentas.

Wakil kanak-kanak sedang mengedarkan buku mewarna Adam & Pipo berkaitan kesedaran menjaga alam sekitar kepada Cik Maya Karim dan En. Siraj.


Cik. Maya Karim merasmikan buku Adam & Pipo sambil diiringi oleh YB Shuhaimi Shafiei, Tuan Mzalan Dato Bandar & En. Kamaruzaman Ahli Majlis MBSA.

En. Tan Ah Kow Ahli Majlis MBSA dan En. Nazari AJK MPP Zon 12 turut serta bantu menjayakan program Alam Sekitar Shah Alam ini.

No comments:

Post a Comment