Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Monday, July 27, 2009

Perjumpaan Dengan Penjaja

Selaras dengan penyusunan semula pasar malam seksyen 31, MPP Zon 12 dengan kerjasama Jabatan Pelesenan telah mengadakan majlis cabutan numbor petak kepada semua penjaja yang diberikan lesen untuk berniaga secara sah.

Sebelum kerajaan negeri baru ambil-alih, hampir 100 penjaja pasar malam ini menjalankan perniagaan tanpa lesen. Sudah pasti peniaga-peniaga kecil ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sepatutnya boleh dielakkan.

Pengerusi MPP Zon 12 En. Tan Ah Kow sedang berikan kata-kata semangat kepada semua penjaja yang dikurniakan lesen perniagaan.

Pegawai daripada Jabatan Pelesenan sedang menguruskan cabutan numbor petak dengan disaksikan oleh En. Tan sendiri selaku Ahli Majlis kawasan.

Penjaja-penjaja yang telah hadir dalam majlis penganugerahan lesen pasar malam.




No comments:

Post a Comment