Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Sunday, July 5, 2009

Operasi Kedai Arak Tidak Berlesen

Sejajar dengan pengisytiharan 2009 sebagai tahun Penguatkuasaan MBSA, pada mala 20/06/09 MBSA telah menjalankan satu operasi pemeriksaan beberapa kedai tanpa lesen. Ia adalah hasil daripada aduan dan maklumat orang ramai.

Ketua Pasukan Operasi En Adnan Jamburi (depan kanan), En. Kamaruzaman Ahli Majlis dan En. Rosli Pengarah Pelesenan & Penguatkuasa sedang mendengar taklimat akhir sebelum operasi.

Operasi ini turut disertai oleh Ahli Majlis En. Adzhar Maludin dan En. Sayuti serta pasukan Polis DiRaja Malaysia daripada IPD Shah Alam.

Pegawai Penguatkuasa MBSA dan Pengarah Pelesenan En. Rosli sedang merayu tuan rumah jual arak tidak berlesen buka pintu untuk pemeriksaan, tetapi usaha mereka gagal.

Akibat kedegilan tuan rumah bekerjasama dengan pasukan operasi, maka tindakan buka pintu cara paksaan terpaksa dilakukan dengan pemantauan polis.

Sebahagian daripada stok arak bersorok di tempat yang sembunyi.

Pegawai penguatkuasa sedang menggeledah premis tersebut.

En. Kamaruzaman sedang meninjau hasil sitaan minuman keras daripada premis siasatan. Adalah dimaklumkan premis ini menjalankan aktiviti penjualan melebihi 10 tahun.

Pegawai penguatkuasa sedang membuat catatan rekodkan inventori sitaan.

Notis inventori sitaan dikeluarkan kepada tuan pemilik premis.

Di satu lagi premis berlainan, Pegawai Jabatan JAIS (kanan) turut membantu membuat pantauan kegiatan tidak bermoral.

Pasukan operasi juga disertai oleh Jabatan Polis, JAIS, Imigresen dan MBSA.

Sebahagian daripada warga asing dibawa pulang oleh pegawai imigresen untuk pengesahan dokumen perjalanan.

Pegawai Imigresen sedang menyoal-siasat beberapa warga asing di suatu premis hiburan.

No comments:

Post a Comment