Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, July 21, 2009

Kebakaran Kilang Kitar Semula

Pada petang 30/06/09 berlaku satu kebakaran kilang kitar semula yang disyaki belum diputihkan di Bandar Puteri.

Kilang ini melakukan perniagaan mengumpul dan kitar semula bahan-bahan plastik.

Kebakaran ini berlaku lebih kurang 4.00pm telah menghasilkan asap hitam yang amat tebal seperti puting beliung.

Beberapa unit kereta bomba mengejar ke tempat kebakaran, dukacitanya disebabkan tapak kilang yang tidak tersusun mengakibatkan terpaksa menyambung paip bomba daripada jauh hampir 1 kilometer.

Lantaran itu, tekanan air amat lemah sungguhpun pam besar digunakan untuk menyedut air.

Selepas bertungkus-lumus hampir 2 jam api berjaya dikawal sepenuhnya.

Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow turut membuat lawatan ke tapak kebakaran.


Kesan asap hitam amat tebal beolh dilihat daripada jauh.

Wakil pejabat ADUN Sri Muda En. Nazari dan Ahli Majlis MPK En. Azmizam turut hadir memerhatikan keadaan.

Ahli Majlis MBSA En. Kamaruzaman juga bersinggah di tapak kebakaran.

Tekanan air yang lemah melambatkan kerja-kerja menyelamat oleh pegawai bomba.


Inilah bahan-bahan senang bakar yang dikumpul di kilang ini bagi kitaran semula.

Api ghairah membara dengan tiupan angin yang kencang.


No comments:

Post a Comment