Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Sunday, January 25, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow @ Tan Sie Wai mengucapakan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada 26/01/2009 kepapa semua warga Shah Alam. Semoga tahun baru akan membawa tuah tambahan dan kemakmuran kepada masyarakat Selangor amnya, dan Bandaraya Shah Alam khasnya.

Kami sedar sungguhpun tahun 2009, Majlis Bandaraya akan terus menghadapi pelbagai cabaran baru, namun kami tetap yakin dengan kerjasama dan sokongan semua pihak sambil membuangkan perasaan politik kepartian; Bandaraya Shah Alam pasti boleh mencapai satu rekod yang lebih cemerlang daripada sebelum ini.


Tuesday, January 20, 2009

Turun Padang Punggut Cukai

Pada pagi 19/01/09 Jawatankuasa Pungutan Hasil Majlis Bandaraya Shah Alam telah menjalankan keputusan Majlis untuk turun padang mengesan dan menemui penghutang-penghutang cukai pintu. Pada hari tersebut, sejumlah 7 kedai telah dikunjungi.

Pengarah Kewangan MBSA En. Roslan dan Ahli-ahli Majlis sedang memberikan penerangan kenyataan hasil.

Pegawai Hasil Cik Julai sedang berunding dengan pekedai yang bertunggakan.

Rombong MBSA sedang berunding dengan seorang penunggak cukai untuk mencari jalan penyelesaian.


Barisan Ahli Majlis yang turut turun padang pada pagi 19/01/09.

Rundingan Pegawai Hasil MBSA ditemani oleh Ahli Majlis En. Najmi sedang berunding dengan salah seorang pekedai.

Ahli Majlis En. Manaf, en. Kamarulzaman & En. Najmi sedang berjalan menuju ke kedai sasaran.

Pengarah Kewangan MBSA En. Roslan sedang menuju ke tapak kilang disasarkan.

Friday, January 16, 2009

Naik Tarafkan Jalan Monkara

Hasil daripada dayausaha MPP Zon 12 berbincang dengan pengurusan MBSA dan pemaju, kini Jalan Mokara akan dinaik-tarafkan ke suatu level yang lebih tinggi dalam masa terdekat.

En. Tan Ahli Majlis MBSA selaku Pengerusi MPP Zon 12 juga tidak pernah berat tulang turun padang untuk melihat, memantau dan bercincang dengan mana-mana pihak berkaitan dengan kualiti kemudahan awam demi warga Kota Kemuning.








Dialog Dengan Pengilang Sek 31 & 33

Pada 12/01/09 pukul 2.30pm Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 yang dipengerusikan oleh En. Tan Ah Kow telah mengambil initiatif menjemput semua pengilang dalam Sek 31 & 33 mengadakan dialog untuk mendengar pandangan, cadangan dan permasalahan yang dihadapi oleh para pelabur dalam zon 12.

Majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 40 pengusaha. Turut hadir bersama termasuklah Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En. Azahar dan Ketua Unit Pelaburan MBSA Cin Aslinda serta Setiausaha Kehormatan MPP Zon 12 En. Anthony Das.

Ahli Majlis En. Tan sedang memberikan kata-kata aluan kepada semua hadiran-hadirin.

Sebahagian daripada pengilang yang hadir dalam dialog.





Tuesday, January 13, 2009

MBSA Utamakan Kebersihan Restoran

Sejajar dengan perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan restoran, tahun ini telah diumumkan sebagai Tahun Penguatkuasaan.

Lantaran itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan atas semua premis terutamanya kedai makanan dan restoran. Pada 13/01/09, sepasukan pegawai penguatkuasa dan Inspektor Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kedai di Kota Kemuning. Dukacitanya, tahap kebersihan masih jauh ketinggalan. Berikut adalah penemuan daripada pemeriksaan:

Peralatan dalam dapur amat kotor dan menjijikkan.


Simpanan dalam peti ais tidak pernah dibersihkan sekian lama.

Dapur dipenuhi dengan lipas berkeliaran.

Keadaan stor yang berbau busuk, kesesakan pengaliran udara.

Almari stor untuk menyimpan bahan mentah.




Tepung gandum juga menjadi sarang lipas.

Bungkusan garam diselaputi dengan tahi lalat dan disyaki termasuk tahi tikus dan lipas.

Bangkai lipas bertaburan atas lantai stor.

Adakah anda boleh menerima keadaan sebegini menjadi restoran utama anda sekeluarga?
Hasil Pemeriksaan Di Sek 31 Kota Kemuning

Ini pula hasil daripada pemeriksaan ke atas sebuah restora berbeza di Seksyen 31 Kota Kemuning.

Bangkai lipas bersadai atas lantai dapur masakan.

Lantai dapur yang dipenuhi minyak kotor dan lain-lain sampah.


Tong gas direndam dalam air kumbahan kotor.

Suatu sudut dalam dapur.

Pemandangan dalam stor kedai.

Bahan mentah dalam almari diselaputi lapisan bintik-bintik kotor.


Periuk masakan atas meja yang memuakkan.
Tong sampah tidak tertutup dipenuhi dengan lalat.

Tempat menyimpan bahan mentah yang tidak bersih, kayu dasar sudah reput.

Tong sampah dalam dapur yang kotor, tidak tertutup dan cacat.
Dapur memasak yang kotor kerana tidak cuci.
Pegawai Kesihatan sedang membuat penilaian gred kedai.

Hasil daripada penyiasatan mendapati kedai ini tidak mematuhi kebersihan minima, maka ia diarahkan tutup serta-merta. Maka, kedainya ditutup dengan lingkaran rantai MBSA.


Inspektor Kesihatan melekatkan notis arahan tutup kedai di atas pintu utama.

Sebahagian daripada hasil sitaan sedang dimuat ke atas kenderaan MBSA.

MBSA Untuk Semua. MBSA bertanggung jawab memelihara kebersihan restoran dan kesihatan warga Shah ALam.