Jurnal Dewan Selangor Bil 2/2011
Laporan ini disiapkan oleh SELCAT selepas pendengaran awam pada 01/09/2010 di Bangunan Annex, SUK. Kemudian laporan ini telah dibentangkan dan diterima oleh Dewan Negeri Selangor pada 29/03/2011.
Tujuan utama siasatan Selcat adalah kerana kerajaan negeri mendapati terdapat banyak beratus-ratus ekar perkuburan komersil yang belum ada kelulusan penuh daripada pihak berkuasa.
Ia termasuk syarat tukar guna tanah yang masih dalam status pertanian, tiada pelan bangunan, kelulusan kerja tanah untuk mengawal banjir dan hakisan tanah; serta kelulusan Kebenaran Merancangan kerana tapak kubur ini adalah terletak dalam Zon Kediaman.
Lantaran itu, Selcat telah mengesyorkan beberapa tindakan dan langkah penambahbaikan perlu diambil oleh kerajaan negeri segera. Ia bertambah buruk lagi apabila didedahkan kejadian yang seumpama ini bukan saja berlaku di Shah Alam, sebaliknya meliputi PBT lain di Selangor.
Tindakan segera amat wajar kerana:
1. Elakkan kerajaan engeri dilihat hanya pandai ambil tindakan atas pesalah kecil seperti penjaja tepi jalan. Penjaja dikompoun, disita dan sebagainya. Sebaliknya kerja tanah yang meliputi ratusan ekar boleh disalah tafsir sebagai "tutup mata sahaja".
2. Tindakan penting untuk menjaga alam sekitar yang seimbang. Takat ini, pemotongan dan pembersihan lereng bukit tanpa kawalan, sistem perparitan yang mungkin tidak sempurna mengakibatkan penghuni bersebelahan banjir dan sebagainya.
3. Kebocoran untuk menyumbangkan hasil berpuluh juta ringgit dari sedut tukar guna tanah, fi pemprosesan pelan-pelan pembangunan, cukai-cukai pintu atas bangunan komersil, cukai tanah komersil yang lebih tinggi dan lain-lain.
4. Penyekatan amat perlu sebagai kerajaan prihatin, kerajaan mempunyai tanggungjawab penuh untuk melindungi masyarakat agar tidak disalah-pandu oleh pengusaha kurang bertanggungjawab terus menjual lot-lot kubur yang sebenarnya TIADA KELULUSAN. Sudah pasti masyarakat akan terasa seolah-olah membeli sebuah rumah yang tiada kelulusan dan CF.
5. Walapun isu perkuburan merupakan satu isu yang perlu dikendalikan dengan prihatin, namun ia tidak munasabah sama sekali untuk terus dibiarkan berkembangan tanpa kawalan. Alasan kononnya pihak berkuasa agak sensitif untuk menghadapi cabaran ini, namun tanpa tindakan boleh dilihat sebagai perkenankan sesiapa sahaja untuk menjadikan tanah mereka sebagai tapak kubur sesuka hati?