Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang
ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei bersama semua pelajar di bawah Program Tuisen Rakyat Selangor (PTRS) telah melawat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sambil belajar pada 17-19 Disember 2011. Seramai 80 pelajar telah mengikut program ini selepas tamat peperiksaan SPM bulan lalu.
Semua peserta disambut oleh Yang Berhormat Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang di Yayasan Aman, Penanti, Seberang Prai, Pulau Pinang.