Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, September 23, 2008

Operasi Gerai Haram Milikan Warga Asing

Petang hari sabtu 20/09/08, Majlis Bandaraya Shah Alam telah sekali lagi mengadakan operasi penguatkuasaan ke atas gerai-gerai tanpa lesen milikan warga asing. Banyak kedai telah diperiksa dan hasilnya mendapati masih ramai kedai-kedai haram tanpa lesen terus beroperasi dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Sungguhpun ini merupakan satu perkara yang rumit, namun demikian ia tidak wajar menjadi alasan sebagai pihak berkuasa tempatan untuk berdiam diri untuk memelihara hak-hak peniaga warganegara yang berlesen.

Adalah satu ketidak-adilan sekiranya golongan ini dia biarkan terus berkembang, tanpa terikat terhadap peraturan negara kita.







No comments:

Post a Comment