Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Sunday, March 29, 2009

Penjagaan Alam Sekitar Bermula Dari Saya

MBSA & MPP Zon 12 turut memainkan peranan memelihara alam sekitar yang bersih dan mampan untuk jangka masa panjang.

Dengan kerjasama daripada pihak syarikat swasta dan persatua penduduk tempatan, satu program pendidikan telah berjaya dilancarkan oleh Datuk Bandar MBSA pada 28/03/09 pukul 10.30 pagi diDewa Oncidium Kota Kemuning.

Antara mtlamat utama program ni adlah untuk mendidik masyarakat awam tentang kepentingan menjaga kemampanan alam sekitar untuk masa depan anak-cucu kita.


Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program ini sedang beriang dalam taman mainan.

Program ini juga turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBSA En. Adzhar Maludin (kanan) dan Pengarah Taman dan Lanskap MBSA En. Tahir (kiri).

MBSA turut membuka kaunter pameran untuk memberikan makluman kepada masyarakatsetempat.

Para hadirin sedang menyaksikan hasil gubahan kanak-kanak tadika yang berkaitan dengan alam sekitar.

Pegawai daripada pejabat Cawangan Kota Kemuning MBSA turut berikan sokongan padu. Kiri En. Sallehuddin, Ketua Penguatkuasa Cwangan, tengah En. Azahar Inspektor Kesihatan Cawangan, kanan ke-2 En. Ibrahim Pegawai kejuruteraan, kanan En. Tan Ah Kow Ahli Majlis / PenerusiMPP Zon 12.

Wakil PPKK sedangn mendengar penerangan daripada peserta cara untuk membuat baja organik.
Kemeriahan majlis pelancaran.
Pengerusi MPP Zon 12 sedang memberikan kata-kata aluan.

Bersama dengan Dato Bandar, Ahli Majlis dan Cik. Shanon melancarkan simbolik program dengan menutup lampu.

Disamping itu, majlis ini juga memberikan sijil anugerah pertandingan Lanskap yang dianjurkan oleh Jabatan Lanskap MBSA. Berikut adalah salah seorang pemenang.
Kanak-kanak tadika sedang mengagihkan tanaman pokok kepada En. Tan Ah Kow sebagai tanda penghargaan.

Kanak-kanak juga melakukan satu persembahan pentas selepas pelancaran.


Antara seorang peserta program.


Apakah peranan anda ke atas penjagaan alam sekitar?

Perhubungan antara alam sekitar dan manusia adalah bagaikan GUSI DAN GIGI; maka tidak ada sebab anda berkecuali kerana:

Lautan mana tidak di landa ombak?

Bumi mana tidak ditimpa hujan?

Manusia mana tidak perlukan nafas?

Hari apa matahari tidak terbit di timur?

Apakah alasan anda tidak mahu ambil berat????

Kesimpulannya, ia adalah tanggungjawab kita semua bersama.

No comments:

Post a Comment