Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Sunday, April 19, 2009

Korek Tanak Tanpa Permit

Awal minggu ini penduduk Kota Kemuning telah membongkarkan kerja-kerja pengambilan tanah tanpa permit di kawasan Eria, Kota Kemuning.

Hasil daripada aduan ini, MBSA serta-merta memberhentikan kerja tersebut dengan mengeluarkan beberapa kompoun.

Dalam kejadian ini, ADUN Sri Muda YB Shuhaimi menyampaikan pujian tertinggi kepada Persatuan Penduduk Kota Kemuning kerana tindakan bijak dan tepat mendedahkan kejadian ini (ketika ditemubual oleh akhbar Sinar hari ini).

Inilah tempat kejadian pemandangan daripada tangki air berdekatan.


Kelihatan jentolah dan lori sedang sibuk mengangkut tanah.

Pemandangan jalan masuk ke tapak kejadian melalui simpang ke tangki air.

Keadaan tapak selepas kejadian.

Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA melawat tempat kejadian sambil diringi oleh pegawai penguatkuasa dan penduduk Kota Kemuning.

Kontena yang ditinggalkan oleh pekerja korek tanah.

No comments:

Post a Comment