Pagi 02/03/2010 pasukan penguatkuasa MBSA dan Jabatan Perhutanan Selangor diketuai oleh Setiausaha Politik YB Yakob Sapali telah turut ke Bukit Jelutong untuk membersihkan binaan haram di bawah rentis TNB.
Adalah dimaklumkan bahawa pengusaha penternak lembu di situ akan dipindahkan ke suatu tempat baru, manakala binaan rumah kediaman haram oleh pendatang warga asing tanpa izin telah dibersihkan / dirobohkan sebagai usaha MBSA membersihkan kawasan.
Operasi ini berjalan lancar dengan kerjasama penuh oleh pengusaha ladang lembu berkenaan. Beliau bukan sahaja berikan kerjasama, malahan bertindak sebagai petunjuk jalan untuk kerja pembersihan ini.
Rombongan pegawai MBSA bersama pengusaha ladang (pakaian merah) bersama dengan
En. Tan Ah Kow dan En. Husin menyaksikan operasi pembersihan itu bersama.
En. Tan dan En. Manaff melawat satu tapak lain selepas dibersihkan binaan haram.
Satu lagi bangunan haram diebersihkan dalam operasi yang sama.
No comments:
Post a Comment