Sebentar tadi pukul 11pm 10/09/2010 menjelang 1 Syawal menyambut Hari Raya Puasa Aidilfitri, rombongan Ahli-ahli Majlis MBSA telah mengunjungi Bilik Gerakan Bencana Alam MBSA tengah malam.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua anggota penguatkuasa yang terpaksa bertugas stand-by walaupun menyambut hari raya hari ini.
Rombongan Ahli Majlis termasuk Tuan Tan Ah Kow, Tuan Kamarudzaman, Tuan Manaf, Puan Dr. Daroyah dan Tuan Tengku Ahmad sempat menghantar juadah disambut oleh pegawai bertugas dengan perasaan yang terharu. Ini kerana tidak pernah sebelum ini ada mana-mana Ahli Majlis yang memberikan mereka satu penghargaan sedemikian atas pengorbanan mereka.
No comments:
Post a Comment