Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Saturday, February 11, 2012

Melawat SJK(C) Chung Hwa, Kota Kemuning

Sempana menyambut Tahun Baru Cina 2012, YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda diiringi oleh Ahli-ahli Majlis MBSA telah melawat Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Chung Hwa yang terletak di Kota Kemuning pada 30/01/2012.

lawatan YB disambut oleh Pengerusi Pengelola dan PIBG sekolah. Dalam perbincangan ini, YB telah dimaklumkan tentang perancangan pembangunan sekolah yang sudah tidak mampu menampong permintaan yang teramat tinggi. Pendaftaran pelajar baru sekolah ini bukan sahaja daripada keluarga keturunan Cina, malahan ia juga menerima permintaan yang ramai daripada rakan-rakan keturunan Melayu dan India.

Adalah diharapkan Kementerian Pendidikan dapat menunaikan tanggungjawab mereka mengikut keperluan, bukan terus melaksanakan "Dasar Gula-gula Politik".







No comments:

Post a Comment