Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, July 22, 2008

Dialog & Talimat Polis

Jawatankuasa DUN Sri Muda (N50) Selangor telah menganjurkansatu majlis dialog & taklimat khas kepada semua Ketua-Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) pada malam 18/07/08 di Pusat Khidma Rakyat YB Sri Muda yang terletak di Kota Kemuning.

Majlis ini disambut oleh semua kepimpian JDM seluruh DUN Sri Muda dengan satu penglibatan yang cukup aktif. Matlamat utama majlis ini adalah untuk mengeratkan perhubungan dan kefahaman tugas-tugas polis dalam sistem pentadbiran negara.

Memandangkan kawasan DUN Sri Muda meliputi Ibu Pejabat Daerah Klang, Shah Alam & Subang Jaya; dengan itu jemputan rasmi telah disampaikan kepada ketiga-tiga Ketua Polis Daerah yang tersebut. Telah menjadi sedikit kecacatan kerana majlis dialog yang julong-julong kali diadakan sedemikian hanya disambut baik oleh Ibu pejabat Shah Alam dan Subang Jaya sahaja.









No comments:

Post a Comment