Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Tuesday, July 22, 2008

Melawat Tapak Letupan Batuan Putra Height

Lanjutan daripada aduan dan tindakan Pejabat Pegawai Daerah Petaling, satu lawatan susuran telah diadakan oleh Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bersama dengan jurutera MBSA ke tapak untuk menilai sejauhmanakah kesan gegaran letupan merosakkan struktur rumah penduduk-penduduk Sek 27, Shah Alam.

Kerja-kerja letupan telah dihentikan sementara waktu menunggu laporan penuh daripada pemaju dan kontraktornya atas prinsip pematuhan peraturan-peraturan penggunaan bahan letupan.

Mesyuarat lanjutan akan diadakan semula selepas mengkaji laporan rasmi daripada pemaju di Putra Height yang telah menjejaskan penduduk di Sek 27.








No comments:

Post a Comment