Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Sunday, November 15, 2009

Persatuan Buddha Bukit Rimau

Pada 14/11/09, Persatuan Buddha Bukit Rimau telah menganjurkan majlis jamuan makan 'vegetarian" sempena untuk mengumpul dana pembangunan persatuan.

Majlis ini mendapat sambutan panas penganut Buddha daripada seluruh Bandaraya Shah Alam. Sempena dengan itu, jawatankuasa persatuan turut memperuntukan RM60,000.00 kepada enam (6) pertubuhan kebajikan di sekitar Lembah Klang dengan nilai ringgit RM10,000.00 setiap persatuan.

Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow & En. Ang Leng Keat turut hadir berikan sokongan kepada pihak persatuan.

Selain daripada itu, Ahli Majlis MBSA En. Uthayasorian, James Ng, Exco Selangor YB Ronnie Liu diiringi oleh Pengerusi Persatuan Dato Vincent Lim.

Dari kiri, En James Ng, En. Ang, Dato Vincent Lim, En Tan dan Penasihat Persatuan.

En. Ang, Dato Vincent dan En. Tan membincangkan sesuatu perkara.

Amhli Majlis melawat bangunan persatuan bersama dengan pengerusi persatuan.

Penerima-penerima sumbangan memberikan hadiah kenangan balas kepada Dato Vincent Lim.

Hasil kaligrafi telah dijual melalui tawaran terbuka harga tertinggi sebagai pemenang. En. Ang memenangi kaligrafi tengah dengan harga tawaran RM5,000.00.

Satu lagi hasil kaligrafi yang ditulis di atas malam tersebut.


Sesi menulis kaligrafi sedang ditunjukkan di atas pentas.

Pengerusi persatuan berikan hadiah kenangan kepada Penasihat Persatuan.

Majlis ini juga dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad, di mana kehadiran YB menunjukkan semangat teloransi antara agama khasnya daripada parti PAS amat baik dan patut diteladani.

YB Khalid Samad dan Pensihat persatuan berbula dengan ikhlas dan fikiran terbuka.

YB Ronnie Liu memberikan kata-kata semangat untuk mendorong penganutnya mengamalkan prinsip-prinsip agama tulin.

Pengerusi persatuan berikan buah tangan kenangan kepada YB Ronnie Liu.

YB Khalid Samad juga diberi penghormatan untuk berikan kata-kata aluan.

Selain daripada makan dan pertunjukkan kaligrafi, persembahan kesenian pentas turut menghiburkan hadirin-hadiran sekalian.




Semua penerima sumbangan menerima bantuan kewangan berjumlah RM10,000.00 dengan disaksikan oleh YN Khalid Samad.


No comments:

Post a Comment