Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Saturday, May 8, 2010

Dusun & Bunga Orkid Untuk Kemuning Permai

Pada 08/05/2010 MPP Zon sekali lagi menganjurkan program komuniti dengan usaha sama menanam pokok buah-buahan di Kemuning Permai menjadikan ia "Taman Berdusun & Bunga".

Dalam program komuniti ini, sebanyak 80 pohon pokok pelbagai jenis buah tempatan berajya ditanamkan di 2 tapak taman menjadikan sebagai Dusun. Manakala, pokok-pokok bunga orkid turut ditanamkan menjadikan tempat rehat sebagai kebuh bunga.

Ini merupakan satu lagi kejayaan program kerjasama antara MPP Zon 12 yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow dengan Persatuan Penduduk Kemuning Permai, Seksyen 33, Shah Alam.

Kesuburan Kemuning Permai terbukti dengan tumbuhnya pokok bunga sedia ada amat subur.

Pasukan menjalankan gotong-royong untuk program komuniti pada pagi 08/05/2010.

Banyak bunga orkid telah menghiasi taman awam Kemuning Permai.

AJK MPP Zon 12 En. Lee Kok San dan PTO MPP Zon 12 Cik. Nazirah serta penduduknya semua ringan tangan hulur tangan menjayakan program ini.

Penduduk Kemuning Permai merangkap AJK MPP Zon 12 En. Allan sedang menghiasi pokok bunga orkid di taman awam.

PTO Cik Nazirah amat menyukai bunga orkid.


Bunga sedia ada di Kemuning Permai.

Detik sejarah di Kemuning Permai menyaksikan pokok buah ini kami selesai ditanamkan.

Buka bag plastik yang membalut akar pokok sebelum ditanamkan.

Mengisi lubang dengan tanah untuk membolehkan pokok buah berakar.


AJK MPP Zon 12 Mdm. Lee hulurkan tangan bantuan menegakkan dahan pokok.

Berganding bahu kita jayakan Dusun Kemuning Permai di antara Mdm. Lee, En. Lee Kok San dan En. Tan Ah Kow menyempurnakan salah sepohon pokok ditanamkan.



En. Lee Kok San menyempurnakan sepohon lagi pokok buah.

AJK MPP Zon 12 En. Lim Ching Hong & Mdm. Lee bersatu hati sumbang tenaga.


Di sinilah taman akan dijadikan sebagai dusun komuniti.

Penduduk En. Allan berikan taklimat ringkas kepada semua penduduk atas penghargaan kepada MBSA dan tanggungjawab memelihara semua pokok buah ini.

En. Allan juga tidak pernah berat tulang melibatkan diri.

Kebahagian keluarga sertai gotong-royong pada hujung minggu sebagai aktiviti keluarga.

Kemeriahan penduduk giat bergotong-royong.






No comments:

Post a Comment