Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Saturday, May 15, 2010

Operasi Bersepadu MBSA Dengan JAIS

Majlis Bandaraya Shah Alam telah sekali lagi berikan sokongan ke atas operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 15/05/2010.

Sebanay 3 sesi operasi dijalankan pada 5.00~7.00petang, 9.00~11.00 malam dan selepas 12.00 tengah malam. Operasi bersepadu ini juga turut disertai oleh unit anti-narkotik polis dan wakil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Sasaran operasi kali ini lebih tertumpu di pusat-pusat khidmat kesihatan dan hotel-hotel bajet yang tidak berlesen operasi daripada agensi kerajaan.

Ketua Penguatkuasa JAIS sedang berikan taklimat akhir sebelum bertolak.

Pegawai Penguatkuasa MBSA sedang berikan arahan akhir dan pembahagian pasukan sebelum tolak.

Pegawai MBSA sedang membincangkan strategi terbaik untuk operasi kali ini.

Pegawai JAIS sedang berikan notis kepada yang terlibat untuk hadir ke pejabat JAIS.

Pegawai MBSA turut bantu keluarkan kompoun kepada yang melanggari syarat lesen seperti tiada lesen iklan dan gagal pamerkan lesen perniagaan sah.

Rekod rasmi dicatat oleh pegawai penguatkuasa.

Pegawai penguatkuasa memberikan keterangan kesalahan-kesalahan yang dikenakan kompoun.

No comments:

Post a Comment