Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Sesi 2012/2013

Thursday, February 25, 2010

Banci Kanpung Lanchong Jaya Seksyen 27

Pada pagi 24/02/2010, ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei telah mengetuai pasukan Banci MBSA dengan disaksikan oleh wakil daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia melakukan banci rumah di Kampong Lanchong Jaya, Shah Alam.

Tujuan banci ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bilang dan kedudukan keluarga tempatan yang masih duduk dalam kawasan tersebut.

Selepas taklimat banci diberikan oleh YB Shuhaimi dan En. Hamza Pegawai Perancang MBSA, rombongan menjalankan banci dengan dibimbing oleh Ketua Kampong dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampong tersebut dengan lancar.

Dengan diiringi oleh Bendahari Angkatanmuda Kota Raja En. Jaberi (kiri) dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow, YB Shuhaimi dan pasukan berjalan menuju kepada sasaran banci.

En. Tan Ah Kow & En. Jaberi melangkah besar untuk melengkapkan banci ini.

Setelah dibanci, rumah berkaitan akan dicatkan dengan number rujukan banci di depan rumah pintu masuk.

YB Shuhaimi Shafiei sendiri saksikan proses banci dijalankan dengan tulus dan adil.

Pasukan banci mendengar taklimat sebelum tolak.

Pegawai MBSA sedang menemuduga salah seorang warga tuan rumah yang dibancikan.

Ahli Majlis MPP Zon 12 En. Kamarudzaman turut hadiri saksikan banci ini jalan dengan tulus.

No comments:

Post a Comment